ADS

ads

Shia LaBeouf Tidak Suka Sekuel 'Transformers'


AKTOR filem Transformers Shia LaBeouf mengakui dia tidak suka dan tidak kagum dengan sekuel filem itu, Revenge of the Fallen.

Menurut aktor berusia 24 tahun itu, dia langsung tidak mengagumi aksi lagak ngeri yang 'gila' yang cuba ditonjolkan dalam plot filem itu.

"Apabila saya menonton sekuel filem Transformers: Revenge of the Fallen, jujurnya saya langsung tidak kagum atau menyukai apa yang telah kami persembahkan dalam filem itu.

"Memang banyak aksi cemas dan lagak ngeri yang seronok dilakonkan, tapi ia hanya sekadar lakonan kosong tanpa 'jiwa' dan tidak memberi kesan di hati," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada dailystar.co.uk, baru-baru ini.

Ironinya, LaBeouf dilaporkan bakal beraksi kembali dalam francais ketiga filem itu yang dijadualkan menjengah pawagam pada 2011.

Catherine Zeta Jones Tidak Percaya Dia Cantik



Catherine Zeta Jones tidak menganggap dirinya cantik.
AKTRES Catherine Zeta Jones yang sering diundi sebagai salah seorang wanita tercantik di dunia tidak menganggap dia adalah cantik.

Katanya, dia sering mengganggu suaminya, Michael Douglas dengan menanya soalan-soalan seperti sama ada dia kelihatan gemuk dengan pakaian tertentu serta terdapat sebarang bintik pada wajahnya.

Jones memberitahu, dia mengalami hidung yang patah serta trakeotomi ketika masih kecil.

Oleh kerana itu, katanya, dia tidak yakin pada wajahnya.

Matt Dillon Keluar Dengan Charlotte Ronson?




Aktor Matt Dillon hadir ke The 25th Annual Film Independent Spirit Awards di Los Angeles pada 5 Mac 2010. - Foto REUTERS
AKTOR Matt Dillon dan pereka fesyen Charlotte Ronson menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang berpacaran kerana dilihat makan malam bersama-sama.

Dillon dan Ronson - adik perempuan kembar DJ Samantha - dikesan menikmati hidangan malam secara romantis di Restoran Madeo, Los Angeles pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu pada mulanya dikesan menghadiri pertunjukan fesyen New York City pada Februari lalu.

"Dia mengejar Ronson, dan ia membuahkan hasil," media memetik sumber sebagai berkata.

Media turut melaporkan mereka berdua telah keluar bersama selama beberapa bulan.