ADS

ads

Orlando Bloom Berkahwin Dengan Model Victoria's Secret


Orlando Bloom dan Miranda Kerr bergambar sebelum lelaki itu menerima ijazah dari Universiti Kent di Canterbury, England, pada 13 Julai lalu

SEPERTI pasangan Megan Fox dan Brian Austin Green, pelakon Orlando Bloom turut memilih berkahwin secara rahsia dengan model pakaian dalam Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Bintang filem Lord of the Rings itu berkahwin buat kali kedua.

Menurut Us Weekly, jurucakap pasangan itu mengesahkan Bloom dan Kerr sudah berkahwin. Namun dia belum memberikan kenyataan rasmi tentang bila dan di mana pernikahan tersebut berlangsung.

Sementara Washington Post melaporkan Kerr sebelum ini pernah meminta kebenaran kepada sebuah pusat membelu-belah yang melantiknya sebagai duta fesyen untuk berbulan madu. Sepatutnya model berusia 27 tahun itu muncul dalam pelancaran koleksi terbaru David Jones di Australia pada 3 Ogos ini.

"Kami mengumumkan berita menggembirakan bahawa Miranda dan Orlando sudah berkahwinbaru-baru ini dan mereka sekarang sedang berbulan madu sehingga Miranda tidak boleh bekerja dengan kami," kata jurucakap David Jones, Colette Garnsey.

Bloom dan Kerr bercinta selama hampir tiga tahun. Mereka mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 lalu.

Alan Plater Mati Akibat Kanser


Kumpulan The Blonde Bombshells membuat persembahan 'Blonde Bombshells Of 1943' oleh Alan Plater, pada musim panas 2006.

PENULIS skrip lakon layar, Alan Plater, 75, meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana kanser.

Media melaporkan mendiang memiliki kira-kira 300 karya untuk siaran radio, televisyen, teater, filem dan enam buah novel.

Plater pernah menerima anugerah dari Bafta, The Broadcasting Press Guild dan The Royal Television Society serta International Emmy.

Hasil kerja terbarunya ialah menghasilkan drama berjudul Joe Maddison's War yang membariskan pelakon seperti Robson Green dan Kevin Whately dengan lokasi penggambarannya di Newcastle.

Lain-lain karyanya termasuk Z Cars, The Beiderbecke Affair, Fortunes Of War, Last Of The Blonde Bombshells, Barchester Chronicles, A Very British Coup, dan Lewis.

Kerjaya mendiang melangkaui tempoh masa lebih separuh abad.

Beyonce Terkejut Ayah nya Main Kayu Tiga




Penyanyi, Jay-Z dan Beyonce Knowles menyaksikan The Boston Celtics berlawan dengan The Cleveland Cavaliers semasa perlawanan NBA di Boston, pada 7 Mei, 2010. - Foto REUTERS
ARTIS antarabangsa, Beyonce Knowles dilaporkan berselisih faham dengan ayahnya, Matthew Knowles yang juga bertindak sebagai pengurusnya.

Menurut sumber, penyanyi itu terkejut apabila mengetahui ayahnya berlaku curang dengan seorang wanita yang lebih muda 20 tahun daripadanya sehingga melahirkan seorang anak.

Sumber berkata, seorang pegawai syarikat rakaman Columbia turut bimbang perhubungan renggang anak dan bapa itu akan menjejaskan kerjaya seni penyanyi itu.

"Beyonce terkejut apabila mengetahui ayahnya telah berlaku curang kepada ibunya. Peristiwa itu memberi satu tamparan maha hebat kepadanya," kata sumber kepada media.

Sumber memberitahu, Beyonce enggan berkomunikasi dengan bapanya dan ia menyukarkan bapanya menguruskan kerjayanya.

"Sesetengah orang di Columbia fikir adalah lebih baik untuk menggugurkan Knowles daripada jawatannya," ujarnya.

Bagaimanapun, wakil Beyonce menyangkal perkara tersebut. "Tidak ada kebenaran tentang perkara ini. Ia adalah palsu semata-mata."