MESKIPUN mempunyai banyak wang, peminat setia dan menjalin hubungan dengan aktres Kristen Stewart, bintang filem Twilight, Robert Pattinson merasa kesepian kerana saat ini dia mengaku tidak mempunyai teman setia.
Menurut The Sun semalam, sejak terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Edward Cullen, Robert menganggap dirinya seorang yang paranoid. Jejaka berusia 23 tahun itu selalu ketakutan ketika ada orang yang mendekatinya. Oleh sebab itu, dia sukar mendapat teman.
“Apabila ada orang yang mendekati saya, saya terus merasa orang itu mahukan sesuatu dengan saya,” ujarnya.
Robert yang tampil dengan filem terbarunya, Remember Me baru-baru ini mengaku telah kehilangan beberapa teman lamanya di London, England. Hal itu terjadi kerana Robert selalu berada di Amerika Syarikat untuk penggambaran dan berbagai aktiviti lain lagi.
“Hanya gitar teman saya sekarang dan selalu menemani setiap perjalanan saya,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment