ADS

ads

Liv Tyler: Aku stress!!


BINTANG "Lord of the Rings" Liv Tyler mengaku dia tertekan untuk kelihatan jelita untuk setiap filemnya.

Liv berkata dia cukup berhati-hati mengenai pemakanannya jika dia berlakon dalam filem baru, menurut laporan blockbuster.co.uk.

"Memang saya tertekan kerana saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya makan.

"Saya cuba diet seimbang tapi saya tidak terlalu memaksa diri. Tapi bila saya berlibur atau tidak bekerja, saya akan pastikans aya masak dan makan bersama anak saya.

"Kemudian, bila saya tahu ada filem baru, saya akan buat persediaan tiga hari sebelum itu dengan membuat jus, sup dan makan banyak sayur-sayuran," kata Liv.

Hopkins Gelar Paris Hilton 'Mesin Tak Berperasaan'


PELAKON terkenal Sir Anthony Hopkins menggelar ahli sosialit dan waris jutawan Paris Hilton, "mesin tidak berperasaan".

Pemenang anugerah Oskar keturunan Welsh itu percaya ramai sosialit sedang menakluki Hollywood dan dia beranggapan waris jutawan itu bodoh, menurut laporan contact.music.com.

"Saya masuk ke kedai bersama isteri saya untuk membeli baju dan saya terlihat seorang model yang kelihatan kurus, cengkung dan seperti mesin yang tidak ada perasaan.

"Gambaran ini ada di mana, di TV, di majalah fesyen dan awak terfikir, apa sebenarnya yang sedang terjadi?'," katanya.

Namun, aktor veteran berusia 72 tahun itu berkata, mungkin sebab dia sudah tua maka segala yang berlaku disekelilingnya benar-benar mengecewakannya.

"It's the androgyny of it... the androgyny of the human soul. I don't think people think any more. But maybe I'm just old," he said.

Mariah Carey seorang yang low profile


BINTANG ternama Mariah Carey mengaku yang dia tidak pernah gembira dengan wajahnya sejak berusia 19 tahun lagi.

Penyanyi berusia 40 tahun itu membuat pendedahan yang dia mempunyai kesedaran ini selama 21 tahun.

"Saya masih ingat ketika saya baru mula menyanyi, ada orang beritahu saya,'Ini adalah bahagian wajah awak yang elok dan ini bahagian yang tidak elok.

"Jangan sesekali biarkan sesiapa mengambil gambar awak dari bahagian itu. Awak nampak hodoh dari sudut itu. Semua teguran itu membuat saya mempunyai kompleks," kata Mariah.

Carey, yang berdarah kacukan Amerika-Afrika, dia selalu berasa rendah diri hanya kerana dia berdarah campuran.

"Saya rasa janggal ketika saya membesar sebab itu saya selalu berpindah randah," katanya.

"Saya cuba untuk meyakinkan diri saya dan membina keyakinan diri," kata Carey.