ADS

ads

Showing posts with label KL wear artis. Show all posts
Showing posts with label KL wear artis. Show all posts

Tiger Woods: Pusat Pemulihan Jadikan Saya Insan Yang Lebih Baik


BINTANG golf terkenal Tiger Woods yang berhadapan dengan isu skandal sebelum ini mengakui kehidupannya bertambah baik selepas menjalani rawatan di pusat pemulihan.

"Berada di pusat pemulihan itu benar-benar menjadikan saya insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya banyak belajar untuk mengenali diri sendiri dan siapa saya sebelum ini.

"Saya gembira dengan diri saya hari ini dan akan terus menjalani rawatan di pusat pemulihan itu," demikian menurut kenyataannya di laman web contactmusic.com selepas sebuah sidang media baru-baru ini.

Nak Bernyayi Pulak


BINTANG kacak Robert Pattinson tidak sabar untuk terjun ke bidang muzik dan buat album.

Untuk tujuan tersebut, Pattinson terpaksa merehatkan diri dulu dalam bidang lakonan kerana dia tidak boleh melakukan dua perkara dalam masa yang sama.

"Saya ingin buat album sebelum hujung tahun ini. Semua kawan-kawan saya buat albumd an saya cemburu melihat perkembangan ini.

"Tapi mustahil saya boleh lakukan dua kerja dalam satu masa. saya tak tahu macam mana orang macam Jennifer Lopez boleh beryanyi dan berlakon sekali gus," jelasnya.

Pattinson takut wataknya sebagai pontianak bernama Edward Cullen dalam "Twilight" akan mengahncurkan peluangnya menyanyi.

"Saya mencipta lagu. Saya akan merakam lagu sebaik saya selesai promosi filem baru saya.

"Tapi sebelum itu saya akan berehat dulu kerana saya tidak mahu orang kata 'album oleh pontianak 'Twilight'," kata Pattinson.

Taylor Swift Bercinta Secara Diam2 saja


PENYANYI muda Taylor Swift yang baru saja putus dengan bintang filem Twilight, Taylor Lautner, sudah pun mempunyai kekasih baru. Swift kini dikhabarkan bercinta dengan bintang drama siri Glee, Cory Monteith.

Namun begitu, Swift hingga kini masih malu-malu memperkenalkan Cory di dihadapan khalayak umum sebagai kekasihnya.

Khabarnya, penyanyi 20 tahun itu takut diketahui oleh ibu yang juga pengurusnya, Andrea.

"Taylor berpura-pura seperti tidak tertarik dengan Cory, agar ibunya tidak membuat Cory takut," menurut sumber National Enquirer.

Ketika Swift bercinta dengan Lautner, Andrea menjadi penghalangnya. Ibunya itu yang menyebabkan hubungan pasangan kekasih muda itu putus ditengah jalan.

"Taylor tidak mahu lagi beritahu ibunya tentang hubungan cintanya itu," kata sumber.

Pemilik album Fearless itu mengakui sangat mencintai Cory. Dia melihat hubungannya dengan jejaka 27 tahun itu sangat romantik.

Lady Gaga Sudah Insaf?


DIVA pop Lady Gaga, terkenal kerana pakaiannya yang aneh, bersumpah tidak akan mengenakan pakaian yang aneh lagi selepas satu insiden baru-baru ini.

Dek kerana kejanggalan bajunya, dia telah diarah untuk bertelanjang ketika dalam perjalanan dari Britain. Pakaiannya yang aneh itu telah menyebabkan kakinya bengkak dan pihak penguasa telah memaksanya menanggalkan pakaian disebabkan masalah itu.

Gaga telah mengenakan pakaian hitam dan kuning dan sepasang kasut biru yang besar oleh mendiang pereka kasut Alexander Mcqueen.

Kasut yang dipakaianya telah membuat Gaga mendapat penyakit deep vein thrombosis (DVT), menurut laporan thesun.co.uk.

Kru penerbangan meminta Gaga menanggalkan pakaiannya dengan segera atau hadapi risiko.

"Gaga tidak kisah menanggalkan pakaiannya tetapi di sedih terpaksa menanggalkan kasut. kasut itu sangat sentimental bagi Gaga kerana dia memakainya untuk mengenang Alexander," jelas sumber.

KP,Lady Gaga dan Rihanna Ape kes??!


PENYANYI Katy Perry begitu teruja untuk melancarkan album terbarunya kerana tidak sabar untuk bersaing dengan Lady Gaga dan Rihanna dalam carta pop.

Perry sedang berusaha mengeluarkan album debutnya, "One of the Boys" akhir tahun ini dna untuk tujuan tersebut, dia bekerja keras untuk dapatkan imej baru dan suara untuk bersaing dengan lain-lain penyanyis enagkatan dengannya.

"Muzik baru adalah menghiburkan tapi agak suram. kadang-kadang saya rasa seperti buah strawberi dengan wajah saya di atas buah itu.

"Jika anda melakukan sesuatu berulang kali, ia akan rasa seperti penderaan. Dan jika anda terkena, anda akan rasa seperti nak mati," katanya.

Kata Perry lagi, "Dia rindukan suara penyanyi Alanis Morissette pada 2010.

"Saya sukakan suaranya. Suara Alanis seperti suara hati orang yang ingin meluahkan perasaan.

"Tapi sebenarnya bukan saya ingin bersaing sangat dengan Gaga. Bersaing secara sihat tidak salah rasanya," kata Perry.

Naomi Memukul Pemandu Sehingga Lebam?


SUPERMODEL Naomi Campbell dituduh mencederakan pemandunya baru-baru ini.

Menurut polis New York, jelitawan berusia 39 tahun itu didakwa memukul pemandunya yang diupah untuk memandunya sehari. Setelah dipukul, kepala pemandu itu terus tersembam ke stereng kereta.

Kejadian itu menyebabkan pemandu itu luka dan lebam di kepala, menurut laporan telegraph.co.uk.

Kata jurucakap Campbell, Jeff Raymond, model itu akan memberi kerjasama dengan polis jika diminta.

"Tidak perlu buat spekulasi sekarang. Banyak perkara yang tidak kita ketahui berlaku waktu kejadian itu," kata Raymond dalam sebuah kenyataan akhbar.

Police berkata, mereka sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Campbell setelah menerima aduan dari pemandunya.

Campbell sememangnya terkenal dengan sifat bengisnya. Ramai pekerja dan orang gajinya yang telah menyamannya. Namun semua kes itu dapat diselesaikan secara senyap.

Jom Layan Lagu KPOP! jap ~










Naomi Cample:Dulu Aku Memang Jahat!


SUPERMODEL Naomi Campbell berkata dia menyesal dengan sikap silamnya yang liar dan sedang menuju proses dewasa kini.

Campbell pernah terlibat di dalam beberapa kejadian salah laku termasuk memukul polis dan mendera orang gajinya.

"Saya tak bangga dengan kesilapan yang pernah saya lakukan. Saya sedang berusaha untuk membetulkan kesilapan saya. Saya semakin dewasa dan saya ingin berubah," kata Campbell kepada laman mirror.co.uk.

Bintang terkenal berusia 39 tahun itu kini mendapat liputan luas kerana kerja amalnya menolong mangsa Haiti.

"Ramai orang ingat saya baru buat kerja-kerja amal begini. Sebenarnya, saya sudah mulakan sejak dari 1993 lagi.

"Nelson Mandela pernah beritahu saya,'gunakan apa yang and alakukan untuk tolong orang lain', katanya.

Lady Gaga didenda kerana.....


LADY GAGA akan didenda US$ 19,000 kerana lambat membuat persembahan untuk konsert Londonnya baru-baru ini.

Penyanyi di sebalik lagu hit, 'The Poker Face' berada di kota tersebut untuk konsert dua harinya itu dilaporkan lambat selama 45 minit semasa raptai, menurut akhbar Daily Star Sunday.

Menurut laporan itu lagi, penyanyi yang terkenal dengan pakaian anehnya itu, akan menghadapi denda yang banyak oleh penerbit konsert tersebut.

"Lady Gaga sepatutnya membuat raptai itu pada pukul 7 petang dan persembahan pertama sepatutnya diadakan sejurus selepas itu. Memang selebriti itu akan melakukan raptai sampai dia puas hati.

"Oleh sebab itu, Gaga lambat 45 minit dan dia enggan memotong segmen itu.

"Gaga tidak kisah didenda asalkan dia puas hati dengan hasil kerjanya," kata sumber itu lagi.

Persembahan Lady Gaga turut disaksikan oleh bintang ternama lain seperti Cheryl Cole, Lily Allen, Sharon Osbourne dan Emma Bunton.

Liv Tyler: Aku stress!!


BINTANG "Lord of the Rings" Liv Tyler mengaku dia tertekan untuk kelihatan jelita untuk setiap filemnya.

Liv berkata dia cukup berhati-hati mengenai pemakanannya jika dia berlakon dalam filem baru, menurut laporan blockbuster.co.uk.

"Memang saya tertekan kerana saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya makan.

"Saya cuba diet seimbang tapi saya tidak terlalu memaksa diri. Tapi bila saya berlibur atau tidak bekerja, saya akan pastikans aya masak dan makan bersama anak saya.

"Kemudian, bila saya tahu ada filem baru, saya akan buat persediaan tiga hari sebelum itu dengan membuat jus, sup dan makan banyak sayur-sayuran," kata Liv.

Hopkins Gelar Paris Hilton 'Mesin Tak Berperasaan'


PELAKON terkenal Sir Anthony Hopkins menggelar ahli sosialit dan waris jutawan Paris Hilton, "mesin tidak berperasaan".

Pemenang anugerah Oskar keturunan Welsh itu percaya ramai sosialit sedang menakluki Hollywood dan dia beranggapan waris jutawan itu bodoh, menurut laporan contact.music.com.

"Saya masuk ke kedai bersama isteri saya untuk membeli baju dan saya terlihat seorang model yang kelihatan kurus, cengkung dan seperti mesin yang tidak ada perasaan.

"Gambaran ini ada di mana, di TV, di majalah fesyen dan awak terfikir, apa sebenarnya yang sedang terjadi?'," katanya.

Namun, aktor veteran berusia 72 tahun itu berkata, mungkin sebab dia sudah tua maka segala yang berlaku disekelilingnya benar-benar mengecewakannya.

"It's the androgyny of it... the androgyny of the human soul. I don't think people think any more. But maybe I'm just old," he said.

Mariah Carey seorang yang low profile


BINTANG ternama Mariah Carey mengaku yang dia tidak pernah gembira dengan wajahnya sejak berusia 19 tahun lagi.

Penyanyi berusia 40 tahun itu membuat pendedahan yang dia mempunyai kesedaran ini selama 21 tahun.

"Saya masih ingat ketika saya baru mula menyanyi, ada orang beritahu saya,'Ini adalah bahagian wajah awak yang elok dan ini bahagian yang tidak elok.

"Jangan sesekali biarkan sesiapa mengambil gambar awak dari bahagian itu. Awak nampak hodoh dari sudut itu. Semua teguran itu membuat saya mempunyai kompleks," kata Mariah.

Carey, yang berdarah kacukan Amerika-Afrika, dia selalu berasa rendah diri hanya kerana dia berdarah campuran.

"Saya rasa janggal ketika saya membesar sebab itu saya selalu berpindah randah," katanya.

"Saya cuba untuk meyakinkan diri saya dan membina keyakinan diri," kata Carey.

Cinta Laura

Yo guys..nak u guys usha jap la cewek indon nie..lawa beb..u guys knal x saper chick nie? so come on tgk pix die dulu keyh



lawa kan? haha saje je actually for u guys nak kenal lebih lanjut ngan awek nie leh la g ke blog minah nie.. CINTA LAURA
so adios~

Balak Baru Rihanna


Rihanna dan Matt Kemp dikatakan sedang bercinta.
JEJAKA yang dikatakan sedang berpacaran dengan bintang R&B, Rihanna, Matt Kemp mengakui dirinya kian diulit populariti dan glamor sejak mereka didakwa bercinta.

"Saya semakin merasakan populariti sejak saya keluar dengan Rihanna," demikian menurut kenyataannya di laman web, femalefirst.co.uk, baru-baru ini.

Menurut bintang besbol Los Angeles Dodgers itu, dia turut mendapat beberapa tawaran peragaan dan mengakui masih terkejut dengan populariti mendadak yang dimiliki sejak dirinya dikaitkan dengan Rihanna.

Lily Allen-Courtney Love Berperang Mulut



Lily Allen.

DUA penyanyi, Lily Allen dan Courtney Love dikhabarkan terlibat dengan perang mulut di London sehingga akhirnya Lily menitiskan air mata.
Courtney Love.

Permusuhan antara Lily dan Courtney sebenarnya bermula sejak keduanya menghadiri Brit Awards. Selepas menghadiri majlis itu, Courtney menyerang Lily melalui akaun Twitternya.

Bekas isteri Kurt Cobain itu menulis bahawa Lily membuat artis-artis lain tidak boleh memakai baju jenama Chanel. Khabarnya, penyanyi lagu Smile itu memang menjadi duta Chanel.

Pertengkaran antara Lily dan Courtney berlanjutan sehingga keduanya menghadiri Nme Awards di London pada 24 Februari lalu. Seorang sumber daripada Nme.com mengaku melihat Lily menangis setelah bertengkar dengan Courtney.

”Pertengkaran mereka berubah menjadi besar,” kata sumber itu kepada Female First pada Jumaat lalu.

Persaingan sengit mereka berlaku sehingga kedua-duanya harus dipisahkan. Ketika bertengkar, Courtney memanggil Lily ‘gadis kecil’. Manakala Lily membalasnya dalam nada kecewa, “Kenapa kau menyebutku begitu.”

Akhirnya Courtney menghebahkan tentang aksi pergaduhannya dengan Lily di akaun Twitternya pada 25 Februari lalu dan memberitahu dia benar-benar kesal dengan penyanyi muda berasal dari Inggeris itu.

Akon Berhenti Kerja Di Stesen Radio


Akon ketika mengadakan persembahannya di Anugerah MuchMusic Video di Toronto, Canada.

PENYANYI R&B, Akon telah berhenti kerja dari stesen radio di London selepas ke udara untuk satu siaran sahaja.

Menurut laporan, penyanyi itu telah meletak jawatan selepas mengendalikan slotnya dua jam setiap malam minggu di stesen radio Capital FM.

Pertama kali Akon ke udara di stesen radio tersebut adalah pada 13 Februari lalu. Ketua stesen radio tersebut juga telah mengesahkan Akon tidak akan kembali untuk mengendalikan rancangannya itu.

"Akon terpaksa memberikan sepenuh komitmen untuk album terbarunya. Buat masa ini, kami tidak akan meneruskan slot itu di Capital FM yang berfrekuensi 95.8. Mungkin pada masa-masa hadapan kami berdua akan bekerjasama," kata jurucakap Radio Global, syarikat milik Capital FM.

Harrisson Ford benci akan dirinya?


BINTANG lagenda Hollywood, Harrison Ford, 67, mengakui dia benci dengan status selebriti yang dimilikinya kerana status itu sebenarnya hanya merampas kehidupan peribadinya.

Menurut aktor yang pernah membintangi filem-filem pecah panggung termasuklah francais Indiana Jones dan Star Wars, dia mengakui tempoh 40 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.

Namun, sepanjang tempoh itu Ford terpaksa berdepan dengan perhatian berterusan daripada pihak media dan peminat, demikian menurut kenyataannya di laman web dailystar.co.uk.

"Tiada apa yang hebat dengan menjadi popular. Mungkin segelintir individu sering berfikir, jika kita berjaya, kita akan memiliki segala-galanya.

"Namun, mereka tidak tahu bahawa mereka akan kehilangan privasi untuk diri sendiri. Hakikatnya, bergelar popular tidak memberikan sebarang nilai pun," ujar aktor itu.

Kekasih Madonna Lembut?


KEKASIH diva Pop, Madonna, Jesus Luz, 22, dilaporkan menangis selepas seorang lelaki menyimbah arak ke mukanya ketika sedang bertugas sebagai DJ di sebuah majlis parti di Brazil.

Luz dikatakan sedang memutarkan lagu-lagu di majlis itu apabila dia diserang oleh seorang lelaki bengis yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

"Dia (penyerang) menyimbah arak ke muka saya secara tiba-tiba dan berkata, 'Pergi dari sini. Aku tidak mahu melihat muka kau di sini lagi," katanya.

Tergamam dengan insiden itu, Luz lantas menuju ke sebuah penjuru dan mula menangis.

Menurut satu sumber di laman web, thesun.co.uk, Luz akhirnya berjaya menyudahkan kerjanya di majlis itu tetapi hanya selepas dikawal rapi oleh empat orang pengawal.

Angelina Jolie di serang peminat


AKTRES Angelina Jolie membuat ribuan orang di Paris, Perancis berhenti sejenak sewaktu berjalan. Dia menjadi tontonan ribuan orang ketika berlakon filem terbarunya, The Tourist.

Jolie menjalani penggambaran di Paris sejak beberapa hari lalu. Pada Khamis lalu, penggambaran dilakukan di salah sebuah pusat perniagaan Paris.

Penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Johny Depp itu dilakukan dekat stesen kereta Gare de Lyon. Ribuan orang yang keluar masuk stesen itu berhenti sejenak demi melihat Jolie.

Mereka berusaha mengabadikan gambar Jolie menerusi telefon bimbit masing-masing. Bekas kekasih Brad Pitt itu sempat menyapa para peminatnya di situ.

”Bonjour,” ujar aktres berusia 34 tahun itu dalam bahasa Perancis sambil tersenyum. Penggambaran di pusat membeli-belah itu hanya dilakukan selama 90 minit sebelum lokasi penggambaran berpindah ke sebuah apartmen. Di sana, Jolie makan tengah hari bersama dua puteranya, Maddox dan Pax.

Mereka yang menonton penggambaran di situ sangat tertarik kepada Jolie kerana aktres berbibir seksi itu sangat ramah.

”Dia baik sekali dan sangat bersabar kepada semua orang. Dia juga sangat cantik,” ujar seorang pelayan restoran kepada People semalam.

Amy Winehouse Ketagihan Dadah Baru?


MUNGKIN benar seperti hasil kajian bahawa ketagihan itu sukar untuk diubati. Jika satu ketagihan berupaya dibendung maka akan terjadi satu ketagihan lain. Hal ini juga dialami penyanyi Amy Winehouse.

Menurut ayahnya, Mitch Winehouse, anak perempuannya ini telah berjaya melawan ketagihan alkohol, tapi sebagai gantinya dia kini ketagihan kepada kasut.

"Amy punya sepatu-sepatu dalam jumlah yang terlalu banyak, dia menggantikan ketagihan ubat dengan ketagihan belanja," kata Mitch dalam sebuah wawancara.

"Dia telah membeli 20 pasang sepatu rekaan Jimmy Choo dalam satu masa. Namun dia tak pernah memakainya, dia juga mempunyai dua ruangan penuh barang yang belum lagi dibuka seperti kasut-kasut yang belum dipakainya," tambah ayah penyanyi ini.