ADS

ads

Elton John Disebut Sebagai Pengganti Simon Cowell


PENYANYI lagenda Elton John disebut-sebut sebagai pilihan bagi menggantikan juri dan penerbit muzik terkenal Simon Cowell dalam program American Idol (AI) untuk musim akan datang.

Mulai musm depan, Cowell akan meninggalkan AI untuk memberi laluan kepada program realiti terbarunya The X Factor versi Amerika tahun depan.

John, 63, dikhabarkan menjadi pilihan utama di kalangan orang-orang kuat industri TV di Amerika sebagai juri baru program realiti nyanyian paling popular itu.

Menurut laporan, beberapa eksekutif dari stesen TV Fox begitu terdesak untuk mendapatkan nama besar daripada Britain kerana aura dan tarikan selebriti berbangsa Inggeris untuk menarik perhatian penonton program itu.

Bekas penerbit AI "Nasty" Nigel Lythgoe, 60, berkata, John adalah calon terbaik untuk menggantikan Cowell.

"Dia (John) akan memberikan impak yang hebat kepada program itu dan penonton," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Star.

Muflis sudah??


SEMALAM, aktres dan penyanyi Lindsay Lohan menafikan dakwaan mengatakan dia muflis dan berhutang sewa apartmennya sekitar US$23,000.

Menurut The Sun, jurucakap Lindsay membantah kalau Li-Lo memiliki masalah kewangan ketika ini. Katanya, perempuan berusia 23 tahun itu masih mampu membayar sewa apartmennya itu.

”Dia pasti boleh bayar kerana dia baru sahaja selesai penggambaran filem Machete yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat ini,” ujar jurucakap itu.

Dia juga berkata, Lindsay masih mempunyai rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bintang filem Freaky Friday itu sengaja menyewa apartmen kerana merasa tidak selesa di rumahnya. Masalahnya, rumah Lindsay sempat dicerobohi pencuri beberapa bulan lalu.

Sementara itu, selain dari filem dan muzik, Lindsay masih memiliki pelaburan lain iaitu 6126 Collection, produk fesyen yang cukup laris di pasaran.

Robert Pattinson Sukar Ada Teman Setia


MESKIPUN mempunyai banyak wang, peminat setia dan menjalin hubungan dengan aktres Kristen Stewart, bintang filem Twilight, Robert Pattinson merasa kesepian kerana saat ini dia mengaku tidak mempunyai teman setia.

Menurut The Sun semalam, sejak terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Edward Cullen, Robert menganggap dirinya seorang yang paranoid. Jejaka berusia 23 tahun itu selalu ketakutan ketika ada orang yang mendekatinya. Oleh sebab itu, dia sukar mendapat teman.

“Apabila ada orang yang mendekati saya, saya terus merasa orang itu mahukan sesuatu dengan saya,” ujarnya.

Robert yang tampil dengan filem terbarunya, Remember Me baru-baru ini mengaku telah kehilangan beberapa teman lamanya di London, England. Hal itu terjadi kerana Robert selalu berada di Amerika Syarikat untuk penggambaran dan berbagai aktiviti lain lagi.

“Hanya gitar teman saya sekarang dan selalu menemani setiap perjalanan saya,” jelasnya.