ADS

ads

Celine Dion Guna Kaedah IVF Untuk Hamil Lagi




PENYANYI terkenal Celine Dion berkata, dia tidak akan berputus asa dalam usahanya untuk hamil lagi dengan mengguna kaedah IVF.

Dion berkata dia akan cuba dan cuba lagi hinggalah dia berjaya.

Cubaan untuk menjadi hamil dengan kaedah IVF menemui kegagalan setelah empat kali percubaan.

Malah Dion dan suaminya, Rene Angelil sangka percubaan mereka kali terakhir berjaya hinggakan merek amembuat pengumuman tentang berita itu ke seluruh dunia tapi ternyata tidak.

Doktor yang merawat Dion akhirnya memberitahu penyanyi berusia 41 tahun itu yang usahanya untuk hamil lagi gagal.

Tapi kini, Dion berkata dia akan mencuba hinggalah dia berjaya.

"Saya akan tetap mencuba hinggalah saya berjaya. Nombor lima adalah angka bertuah saya. Mana tahu usaha saya kali kelima ini akan berjaya," kata Dion yang mempunyai seorang anak lelaki Rene-Charles, berusia sembilan tahun.

Penelope Cruz Dilamar Jadi Kekasih Jack Sparrow




SETELAH Keira Knightley mengundur diri, aktor Johnny Depp dijangkakan akan mendapat teman wanita baru dalam filem Pirates of the Caribbean 4 itu iaitu aktres Penelope Cruz.

Menurut Hollywood Reporter, semalam, hingga ke saat ini masih belum pasti watak apa yang ditawarkan kepada Penelope. Kemungkinan besar, aktres cantik berusia 35 tahun itu akan berlakon sebagai kekasih Captain Jack Sparrow dalam Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides.

Sementara Rob Marshall telah dipilih sebagai sutradara dan naskhahnya telah dihasilkan oleh Terry Rossio dan Ted Elliott.

Mengikut perancangan, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides akan menjalani proses penggambaran pada 20 Mei depan di Hawaii sebelum ditayangkan pada 2011.

Kekasih Johnny Depp Anggap Dia Lelaki Yang Sempurna




KEKASIH lama aktor Johnny Depp, Vanessa Paradis menganggap Johnny seorang yang sangat sempurna.

Kata Vanessa, dia tidak mahu menukar apa-apa tentang Johnny.

Pasangan ini sudah bersama sejak tahun 1988 dan mereka mempunyai dua orang anak bersama, Lily-Rose, 10, dan Jack, tujuh.

Vanessa, seorang penyanyi Perancis, mengaku dia masih menyayangi Johnny sepenuh hati walaupun mereka sudah bersama selama 12 tahun.

"Saya cintakan dia. Saya tidak perlu memberitahu Johnny saya tidak suka ini atau tidak suka itu kerana dia begitu memahami saya.

"Apabila kita menyayangi seseorang, kita tidak perlu merubah apa-apa tentang orang itu. Kita menerima dia seadanya. Dan saya tidak akan cuba mengubah Johnny," kata Vanessa.

"Dia membuat saya gembira dalam setiap keadaan. Walaupun kami berdua tapi sebenarnya kami satu jiwa," katanya.