ADS
ads
BINTANG lagenda Hollywood, Harrison Ford, 67, mengakui dia benci dengan status selebriti yang dimilikinya kerana status itu sebenarnya hanya merampas kehidupan peribadinya.
Menurut aktor yang pernah membintangi filem-filem pecah panggung termasuklah francais Indiana Jones dan Star Wars, dia mengakui tempoh 40 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.
Namun, sepanjang tempoh itu Ford terpaksa berdepan dengan perhatian berterusan daripada pihak media dan peminat, demikian menurut kenyataannya di laman web dailystar.co.uk.
"Tiada apa yang hebat dengan menjadi popular. Mungkin segelintir individu sering berfikir, jika kita berjaya, kita akan memiliki segala-galanya.
"Namun, mereka tidak tahu bahawa mereka akan kehilangan privasi untuk diri sendiri. Hakikatnya, bergelar popular tidak memberikan sebarang nilai pun," ujar aktor itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment