ADS

ads

Ne-Yo lelaki sejati


SHAFFER CHIMERE SMITH yang lebih dikenali sebagai Ne-Yo, tidak dapat dinafikan aura kelelakiannya yang sejati.

Itu yang dibuktikan Ne-Yo,31, menerusi lagu gubahan dan pemilihan pakaiannya ketika dia beraksi penuh tenaga pada konsert jelajah untuk album Year of The Gentleman di 'perairan' Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Mengalunkan lagu-lagu hit terkini termasuk Closer dan Miss Independant, ramai wanita yang cair di 'tangannya.' Majalah The Rolling Stones juga pernah menggambarkan Year of The Gentleman sebagai album konsep yang merangkumi ciri teman lelaki hebat yang mampu dipenuhi Ne-Yo.

Namun, rahsia yang menjadikan dirinya seorang lelaki sejati sebenarnya terletak pada rasa hormatnya terhadap wanita yang hadir di lingkaran hidupnya.

Senarai itu didahului ibu, Lorraine, ibu saudara dan neneknya, yang membesarkan dirinya selepas ditinggalkan bapanya sejak kecil.

"Saya akan memastikan lagu-lagu gubahan saya enak didengari dan menggembirakan ibu.

"Ada cara yang mudah dan senang, dan ada cara yang lebih panjang untuk bercerita tentang cinta, seks dan sebagainya melalui lagu.

"Hari ini ramai yang memilih jalan mudah tetapi saya lebih suka untuk melakukannya dengan 'bergaya'," ujarnya yang pada tahun ini bakal muncul menerusi dua buah filem, Red Tails dan Battle LA.

Penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit album, dan pelakon yang amat meminati Micheal Jackson ini juga tidak singgah dengan tangan kosong di Malaysia. Selain membuat persembahan konsert, dia mendedahkan cara untuk memikat hati wanita.

"Pertama, saya akan memastikan sama ada dia peminat saya atau tidak. Jika ya, saya akan tanyakan lagu saya yang paling digemarinya. Selepas itu saya akan menyanyikan lagu saya kepadanya.

"Namun, kalau dia tidak meminati saya, saya akan buat dia menjadi pemminat saya sebagai seorang penyanyi terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment