ADS

ads

Sofistikated untuk jejaka

Usah gusar untuk tampil sofistikated kerana gedung-gedung ternama pakaian lelaki antarabangsa sudah singgah di Malaysia






Ada suara-suara nakal bertanya, adakah sut lelaki yang diperbuat daripada fabrik tebal relevan untuk dijual di Malaysia? Ada yang kata cuaca di negara ini tidak sejuk seperti di Eropah mahupun Amerika Syarikat (AS). Sebenarnya sut masih relevan untuk digayakan di Malaysia.

Benar, soal cuaca sedikit sebanyak mempengaruhi pemilihan busana dan gaya penampilan seseorang. Tidak dinafikan majoriti koleksi sut di pasaran tempatan diimport dari luar. Atas faktor tersebut anda perlu bijak memilih sut mengikut kesesuaian tempat dan majlis.

AKSESORI pengunci lengan baju memperkemaskan pergelangan baju anda.

Bagi golongan jejaka yang masih berasa ragu-ragu untuk memilih sut, jangan gusar. Ini kerana sut boleh digayakan ketika menghadiri majlis formal, ke pejabat atau tugasan yang memerlukan anda bertugas ke luar negara.

Dengan menyarungkan sut berpotongan kemas dan padan dengan bentuk badan, pastinya penampilan anda akan kelihatan segak dan bergaya.

SUT masih relevan digayakan jika anda menghadiri majlis-majlis formal.

Menyedari kelebihan dan keistimewaan sut kepada golongan lelaki, jenama Alfred Dunhill tidak jemu-jemu menawarkan rangkaian sut yang istimewa.

Menariknya sempena koleksi musim luruh/sejuk 2009, Alfred Dunhill turut menyediakan seluar panjang, jaket dan kemeja yang boleh suai dan padan bersama sut pilihan.

ALFRED Dunhill menawarkan pilihan sut mengikut kesesuaian majlis.

Sementara itu, kumpulan pereka Alfred Dunhill tidak hanya memikirkan soal gaya jejaka dari aspek luaran saja. Sebaliknya, ia tidak ketinggalan menawarkan aksesori pengunci pergelangan tangan baju (cufflink). Aksesori tersebut berfungsi memperkemaskan pergelangan kemeja setiap masa walaupun setelah anda menanggalkan sut.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Seterusnya, serlahkan gaya sofistikated anda dengan menyarungkan sepatu formal jenama Pedro. Koleksi kasut yang tampak mewah itu menggabungkan rekaan moden dan klasik.


SUT menyerlahkan gaya jejaka yang segak dan kemas.

Bahagian depan kasut yang sedikit tajam memberikan impak gaya elegan. Ia didatangkan dalam warna-warna gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.

Dalam pada itu, usah biarkan penampilan sofistikated yang diidamkan kosong tanpa sebarang pelengkap gaya yang lain. Di gedung Pedro, jejaka berpeluang mendapatkan tali leher pelbagai corak, beg bimbit, tali pinggang dan dompet bercirikan siluet yang klasik.

0 comments:

Post a Comment