ADS

ads

Peminat Justin Bieber Ancam Bunuh Kim Kardashian


PEMINAT Justin Bieber yang menamakan diri sebagai The Bliebers, tidak suka model terkenal Kim Kardashian (gambar) mendekati penyanyi lagu popular Baby itu lantas mengancam akan membunuh Kim.

Wanita berusia 29 tahun itu mengaku menerima ancaman bunuh daripada The Bliebers setelah foto dirinya dan Bieber bersantai di pantai tersebar di Internet.

"The Bliebers mengancam untuk membunuh saya," ujar bintang filem 'Disaster Movie' itu kepada Showbiz Spy, Rabu.

Kim bingung kenapa The Bliebers mengancamnya. Padahal, dia tidak pernah memiliki niat untuk bercinta dengan Bieber.

"Saya berasa sangat lucu jika mereka menyangka saya dan Bieber bercuti bersama dalam suasana yang romantis," jelasnya.

Robbie Williams Berkahwin Secara Sederhana


SETELAH lama menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Robbie Williams akhirnya secara rasmi mengahwini kekasihnya, Ayda Field.

Penyanyi lagu Take That ini melangsungkan pernikahannya dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah.

Robbie dan Ayda sedah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2006, mereka mengikat janji dalam sebuah upacara di pulau Santa Catalina, Sabtu.

"Robbie dan Ayda saling mencintai dan telah melalui proses waktu yang lama. Sekarang sampai masanya mereka menghabiskan waktu bersama-sama, pada setiap minit dan setiap hari tanpa berpisah lagi," kata sumber terdekat mereka.

Robbie, 36, dan Ayda, 31, melangsungkan majlis pernikahan yang sangat sederhana dan hanya mengundang tetamu dalam jumlah kecil sahaja.

"Pernikahan ini dibuat sederhana. Mereka juga hanya mengundang segelintir tetamu yang terdekat serta ahli keluarga mereka sahaja," ujar sumber itu lagi.

Enrique Iglesias Bogel Main Ski Kerana Janji


GARA-GARA berjanji akan bermain ski air dalam keadaan bogel jika Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, penyanyi Enrique Iglesias terpaksa menunaikan janji tersebut.

Penyanyi berdarah Latin itu dikhabarkan memenuhi janjinya dengan bermain ski di sepanjang pantai Miami tanpa berpakaian.

Seperti dipetik dari Showbizspy, penyanyi itu melakukan aksi bogelnya pada Julai lalu tanpa pengetahuan media dan peminatnya. Ini kerana menurut sumber tersebut, Enrique pernah mendapat ancaman dari pihak berkuasa Miami jika dia benar-benar beraksi bogel.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Enrique tidak mahu mengulas lanjut perkara itu dengan alasan tidak menguruskan hal peribadi artis tersebut. Tetapi mereka juga tidak menafikan bahawa penyanyi Latin itu bercuti di Miami pada Julai lalu.