ADS

ads

Peminat Justin Bieber Ancam Bunuh Kim Kardashian


PEMINAT Justin Bieber yang menamakan diri sebagai The Bliebers, tidak suka model terkenal Kim Kardashian (gambar) mendekati penyanyi lagu popular Baby itu lantas mengancam akan membunuh Kim.

Wanita berusia 29 tahun itu mengaku menerima ancaman bunuh daripada The Bliebers setelah foto dirinya dan Bieber bersantai di pantai tersebar di Internet.

"The Bliebers mengancam untuk membunuh saya," ujar bintang filem 'Disaster Movie' itu kepada Showbiz Spy, Rabu.

Kim bingung kenapa The Bliebers mengancamnya. Padahal, dia tidak pernah memiliki niat untuk bercinta dengan Bieber.

"Saya berasa sangat lucu jika mereka menyangka saya dan Bieber bercuti bersama dalam suasana yang romantis," jelasnya.

Robbie Williams Berkahwin Secara Sederhana


SETELAH lama menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Robbie Williams akhirnya secara rasmi mengahwini kekasihnya, Ayda Field.

Penyanyi lagu Take That ini melangsungkan pernikahannya dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah.

Robbie dan Ayda sedah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2006, mereka mengikat janji dalam sebuah upacara di pulau Santa Catalina, Sabtu.

"Robbie dan Ayda saling mencintai dan telah melalui proses waktu yang lama. Sekarang sampai masanya mereka menghabiskan waktu bersama-sama, pada setiap minit dan setiap hari tanpa berpisah lagi," kata sumber terdekat mereka.

Robbie, 36, dan Ayda, 31, melangsungkan majlis pernikahan yang sangat sederhana dan hanya mengundang tetamu dalam jumlah kecil sahaja.

"Pernikahan ini dibuat sederhana. Mereka juga hanya mengundang segelintir tetamu yang terdekat serta ahli keluarga mereka sahaja," ujar sumber itu lagi.

Enrique Iglesias Bogel Main Ski Kerana Janji


GARA-GARA berjanji akan bermain ski air dalam keadaan bogel jika Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, penyanyi Enrique Iglesias terpaksa menunaikan janji tersebut.

Penyanyi berdarah Latin itu dikhabarkan memenuhi janjinya dengan bermain ski di sepanjang pantai Miami tanpa berpakaian.

Seperti dipetik dari Showbizspy, penyanyi itu melakukan aksi bogelnya pada Julai lalu tanpa pengetahuan media dan peminatnya. Ini kerana menurut sumber tersebut, Enrique pernah mendapat ancaman dari pihak berkuasa Miami jika dia benar-benar beraksi bogel.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Enrique tidak mahu mengulas lanjut perkara itu dengan alasan tidak menguruskan hal peribadi artis tersebut. Tetapi mereka juga tidak menafikan bahawa penyanyi Latin itu bercuti di Miami pada Julai lalu.

Orlando Bloom Berkahwin Dengan Model Victoria's Secret


Orlando Bloom dan Miranda Kerr bergambar sebelum lelaki itu menerima ijazah dari Universiti Kent di Canterbury, England, pada 13 Julai lalu

SEPERTI pasangan Megan Fox dan Brian Austin Green, pelakon Orlando Bloom turut memilih berkahwin secara rahsia dengan model pakaian dalam Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Bintang filem Lord of the Rings itu berkahwin buat kali kedua.

Menurut Us Weekly, jurucakap pasangan itu mengesahkan Bloom dan Kerr sudah berkahwin. Namun dia belum memberikan kenyataan rasmi tentang bila dan di mana pernikahan tersebut berlangsung.

Sementara Washington Post melaporkan Kerr sebelum ini pernah meminta kebenaran kepada sebuah pusat membelu-belah yang melantiknya sebagai duta fesyen untuk berbulan madu. Sepatutnya model berusia 27 tahun itu muncul dalam pelancaran koleksi terbaru David Jones di Australia pada 3 Ogos ini.

"Kami mengumumkan berita menggembirakan bahawa Miranda dan Orlando sudah berkahwinbaru-baru ini dan mereka sekarang sedang berbulan madu sehingga Miranda tidak boleh bekerja dengan kami," kata jurucakap David Jones, Colette Garnsey.

Bloom dan Kerr bercinta selama hampir tiga tahun. Mereka mengikat tali pertunangan pada Jun 2010 lalu.

Alan Plater Mati Akibat Kanser


Kumpulan The Blonde Bombshells membuat persembahan 'Blonde Bombshells Of 1943' oleh Alan Plater, pada musim panas 2006.

PENULIS skrip lakon layar, Alan Plater, 75, meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana kanser.

Media melaporkan mendiang memiliki kira-kira 300 karya untuk siaran radio, televisyen, teater, filem dan enam buah novel.

Plater pernah menerima anugerah dari Bafta, The Broadcasting Press Guild dan The Royal Television Society serta International Emmy.

Hasil kerja terbarunya ialah menghasilkan drama berjudul Joe Maddison's War yang membariskan pelakon seperti Robson Green dan Kevin Whately dengan lokasi penggambarannya di Newcastle.

Lain-lain karyanya termasuk Z Cars, The Beiderbecke Affair, Fortunes Of War, Last Of The Blonde Bombshells, Barchester Chronicles, A Very British Coup, dan Lewis.

Kerjaya mendiang melangkaui tempoh masa lebih separuh abad.

Beyonce Terkejut Ayah nya Main Kayu Tiga




Penyanyi, Jay-Z dan Beyonce Knowles menyaksikan The Boston Celtics berlawan dengan The Cleveland Cavaliers semasa perlawanan NBA di Boston, pada 7 Mei, 2010. - Foto REUTERS
ARTIS antarabangsa, Beyonce Knowles dilaporkan berselisih faham dengan ayahnya, Matthew Knowles yang juga bertindak sebagai pengurusnya.

Menurut sumber, penyanyi itu terkejut apabila mengetahui ayahnya berlaku curang dengan seorang wanita yang lebih muda 20 tahun daripadanya sehingga melahirkan seorang anak.

Sumber berkata, seorang pegawai syarikat rakaman Columbia turut bimbang perhubungan renggang anak dan bapa itu akan menjejaskan kerjaya seni penyanyi itu.

"Beyonce terkejut apabila mengetahui ayahnya telah berlaku curang kepada ibunya. Peristiwa itu memberi satu tamparan maha hebat kepadanya," kata sumber kepada media.

Sumber memberitahu, Beyonce enggan berkomunikasi dengan bapanya dan ia menyukarkan bapanya menguruskan kerjayanya.

"Sesetengah orang di Columbia fikir adalah lebih baik untuk menggugurkan Knowles daripada jawatannya," ujarnya.

Bagaimanapun, wakil Beyonce menyangkal perkara tersebut. "Tidak ada kebenaran tentang perkara ini. Ia adalah palsu semata-mata."

Aksi Cium Scarlett dan Sandra di MTV awards


Sandra (kanan) mencium bibir Scarlett dengan penuh ghairah ketika MTV Movie Awards 2010. - Foto AP
AKTRES Sandra Bullock tanpa segan silu mencium bibir penyanyi dan pelakon Scarlett Johansson dengan mengghairahkan ketika mendapat penghargaan di MTV Movie Awards 2010.

Menurut UsMagazine, Sandra sangat gembira setelah mencium isteri kepada Ryan Reynolds. Ryan merupakan hero dalam filem The Proposal yang turut dilakonkan oleh Sandra.

"Betul kata Ryan bahawa Scarlett seorang kaki cium yang hebat," kata Sandra kepada UsMagazine semalam.

Dalam majlis MTV Movie Awards, Scarlett menyampaikan anugerah kepada Sandra mewakili suaminya yang tidak dapat hadir. Dalam majlis tersebut, aktres berusia 45 tahun itu mendapat trofi MTV Generation.

Selain itu, Sandra dan Ryan turut dicalonkan untuk anugerah Ciuman Terbaik. Namun, mereka kalah kepada pasangan dalam filem Twilight, Kristen Stewart dan Robert Pattinson.

"Kamu seharusnya menang kerana kamu memberikan ciuman yang luar biasa," ujar Scarlett menyatakan kekecewaannya kepada Sandra kerana kekalahan pasangan itu.

Cheryl Cole Berpacaran Dengan Derek Hough



elakon, Derek Hough hadir ke tayangan perdana filem Clash of the Titans di Hollywood, California pada 31 Mac 2010. - Foto AFP
CHERYL Cole kini telah melupakan suaminya, Ashley yang berlaku curang terhadapnya.

Sebaliknya penyanyi terkenal itu sedang berpacaran dengan Derek Hough dan mereka dijangka akan tinggal bersama tidak lama lagi.

Ayah angkat Derek, Aaron Nelson mengesahkan perhubungan cinta mereka berdua.


Penyanyi, Cheryl Cole ketika menghadiri tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) semasa Pesta Filem Cannes ke-63 pada 21 Mei 2010. - Foto REUTERS
"Ini adalah cinta sejati. Derek memberitahu saya dia bercinta dengannya dan saya percaya Cheryl turut berperasaan begitu. Cheryl ialah gadis idamannya," katanya kepada media.

Derek, 25, sedang sibuk mencari rumah selepas mendapat tawaran berlakon untuk filem Strictly Come Dancing .

Dia akan berada di Britain sekurang-kurangnya lima bulan ketika penggambaran filem dijalankan.

Sumber memberitahu Derek sedang mencari tempat tinggal baru untuk mereka di Britain dan Los Angeles.

Skandal Cium Miley Cyrus?


Miley Cyrus ketika mempromosikan albumnya Can't be Tamed di Madrid pada 31 Mei 2010. - Foto REUTERS

PENYANYI Miley Cyrus mempertahankan tindakan kontroversinya mencium seorang penari semasa persembahan di televisyen.

Selebriti itu dijemput ke program realiti televisyen Britain's Got Talent untuk mempersembahkan single terbarunya, Can't Be Tamed.

Bagaimanapun, media melaporkan para penonton program tersebut terkejut melihat Cryus mencium seorang penari wanita.

Penyanyi berusia 17 tahun itu menggesa para peminatnya supaya tidak berasa kecewa dengan tindakannya itu.

Cryus bagaimanapun apabila didesak mengenai perkara menafikan bercium sebaliknya berkata ia sekadar sebuah persembahan di atas pentas.

Robert Pattinson Tidak Memahami Wanita, Kata Bintang Gandingannya



Robert Pattinson hadir ke The British Academy Film Awards 2010, di The Royal Opera House, London, pada 21 Februari 2010. - Foto AP
AKTOR British, Robert Pattinson sukar memahami wanita, kata Ashley Greene, bintang gandingannya dalam filem Twilight.

Greene menegaskan bintang Harry Potter and The Goblet of Fire yang memegang watak Cedric Diggory itu sering kebingungan apabila mendapat perhatian daripada wanita.

"Dia tidak memahami wanita. Dia mendapat banyak perhatian daripada wanita. Dia tidak memahaminya kerana dia hanya seorang lelaki dalam filem Harry Potter sebelum berlakon dalam filem Twilight," katanya.


Ashley Greene menghadiri tayangan perdana filem Julie and Julia di Los Angeles pada 27 Julai 2009. - Foto AP
Ditanya sama ada dia jatuh cinta kepada Pattinson, katanya: "Apabila saya menemui Rob, saya tidak berfikir dua kali tentangnya. Dia sangat menarik, tetapi keserasian itu tidak wujud."

Nota Lirik 'Beat It' Michael Jackson Dilelong


Michael Jackson menulis lirik lagu tersebut pada sekeping nota. - Foto REUTERS
NOTA mengandungi lirik lagu Beat It yang ditulis dengan tangan oleh mendiang legenda pop, Michael Jackson akan dilelongkan di California pada bulan depan.

"Lirik ini berada di tangan persendirian sejak ia ditulis. Ia merupakan lirik yang hebat oleh bintang legenda tersebut dan ia berada dalam keadaan baik," media memetik kata Marc Kruskol,jurucakap untuk rumah lelong Profiles in History.

Raja Pop itu telah memberikan nota yang mempunyai coretannya kepada kawannya.

Nota itu dijangka berjaya meraih hasil lelongan antara RM13,010 dan RM19,515.

Lady Gaga Terima Lima Anugerah di Anugerah Muzik Dunia




Penyanyi Sting beraksi bersama dengan Lady Gaga semasa sambutan hari jadi ke-21 Rainforest Fund di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei 2010. - Foto REUTERS
PENYANYI pop Lady Gaga memenangi lima anugerah di Anugerah Muzik Dunia baru-baru ini.

Pelantun lagu The Poker Face itu meraih anugerah Single Terbaik Dunia, Album Terbaik Dunia, Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia, Artis Baru Terbaik dan Artis Yang Mencapai Jualan Album Terbaik Dari Amerika.

Gaga memenangi anugerah Single Terbaik Dunia selepas mengalahkan artis hebat seperti David Guetta, Beyonce Knowles dan Black Eyed Peas.


Lady Gaga ketawa di atas pentas ketika dia menerima tiga anugerah muzik Echo sebelum konsertnya di Berlin pada 11 Mei 2010. Penyanyi itu menerima anugerah tersebut untuk Best International Female Artist, Best Single Of The Year untuk singlenya, Poker Face dan Best International Newcomer serta empat anugerah Platinum untuk jualan lebih 800,000 album. - Foto AFP
Gaga sekali lagi menewaskan Black Eyed Peas untuk menggondol anugerah Album Terbaik Dunia.

Turut bersaing untuk kategori itu ialah Susan Boyle dan Taylor Swift.

Selain itu, dia dinobatkan sebagai Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia selepas mengalahkan Swift, Madonna dan Rihanna.

Paris Hilton, Lindsay Lohan Diasingkan Di Cannes



Paris Hilton hadir ke World Music Awards di Monte Carlo pada 18 Mei 2010. - Foto REUTERS
PIHAK penganjur Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-63 berusaha mengasingkan dua aktres dari Hollywood daripada bertemu semasa festival itu berlangsung.

Ini adalah bagi mengelakkan Paris Hilton dan Lindsay Lohan daripada bergaduh.

Pihak penganjur di Cannes takut insiden pergaduhan kedua-dua selebriti di bar pada 2006 akan berulang.


Lindsay Lohan hadir ke majlis The Chopard ulang tahun ke-150 semasa Festival Filem Antarabangsa ke-63 di Cannes, Perancis pada 17 Mei 2010. - Foto AP
"Lindsay memilih tempat duduk VIP dan penganjur tidak memasukkan nama Paris dalam senarai tempat duduk di situ.

"Penganjur berusaha mengasingkan mereka pada minggu ini," katanya.

Shia LaBeouf Tidak Suka Sekuel 'Transformers'


AKTOR filem Transformers Shia LaBeouf mengakui dia tidak suka dan tidak kagum dengan sekuel filem itu, Revenge of the Fallen.

Menurut aktor berusia 24 tahun itu, dia langsung tidak mengagumi aksi lagak ngeri yang 'gila' yang cuba ditonjolkan dalam plot filem itu.

"Apabila saya menonton sekuel filem Transformers: Revenge of the Fallen, jujurnya saya langsung tidak kagum atau menyukai apa yang telah kami persembahkan dalam filem itu.

"Memang banyak aksi cemas dan lagak ngeri yang seronok dilakonkan, tapi ia hanya sekadar lakonan kosong tanpa 'jiwa' dan tidak memberi kesan di hati," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada dailystar.co.uk, baru-baru ini.

Ironinya, LaBeouf dilaporkan bakal beraksi kembali dalam francais ketiga filem itu yang dijadualkan menjengah pawagam pada 2011.

Catherine Zeta Jones Tidak Percaya Dia Cantik



Catherine Zeta Jones tidak menganggap dirinya cantik.
AKTRES Catherine Zeta Jones yang sering diundi sebagai salah seorang wanita tercantik di dunia tidak menganggap dia adalah cantik.

Katanya, dia sering mengganggu suaminya, Michael Douglas dengan menanya soalan-soalan seperti sama ada dia kelihatan gemuk dengan pakaian tertentu serta terdapat sebarang bintik pada wajahnya.

Jones memberitahu, dia mengalami hidung yang patah serta trakeotomi ketika masih kecil.

Oleh kerana itu, katanya, dia tidak yakin pada wajahnya.

Matt Dillon Keluar Dengan Charlotte Ronson?




Aktor Matt Dillon hadir ke The 25th Annual Film Independent Spirit Awards di Los Angeles pada 5 Mac 2010. - Foto REUTERS
AKTOR Matt Dillon dan pereka fesyen Charlotte Ronson menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang berpacaran kerana dilihat makan malam bersama-sama.

Dillon dan Ronson - adik perempuan kembar DJ Samantha - dikesan menikmati hidangan malam secara romantis di Restoran Madeo, Los Angeles pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu pada mulanya dikesan menghadiri pertunjukan fesyen New York City pada Februari lalu.

"Dia mengejar Ronson, dan ia membuahkan hasil," media memetik sumber sebagai berkata.

Media turut melaporkan mereka berdua telah keluar bersama selama beberapa bulan.

Rumah Baru Sandra Bullock Jadi Perhatian Pelancong


AKTRES Sandra Bullock tidak lagi mengurungkan diri setelah membeli rumah baru di New Orleans, Amerika kerana rumah itu kini menjadi perhatian pelancong.

Video yang ditemui oleh Radar Online menunjukkan sekumpulan pelancong sedang berjalan-jalan dengan pemandu. Mereka berhenti dan memerhati di depan rumah Sandra.

Kehidupan pelakon The Blind Side itu menjadi hangat sejak isu kecurangan suaminya, Jesse James.

Tambahan lagi, para peminat tidak berpuas hati dengan aktiviti Sandra setelah sudah lama perempuan 45 tahun itu menghilangkan diri daripada publik.

Semenjak tinggal bersama anak angkatnya, Louis, di New Orleans, Sandra mulai membuat kemunculan di khalayak. Minggu lalu Sandra dilihat mengunjungi pameran fotografi bersama Louis dan beberapa rakannya.

Sandra seolah-olah serius dengan keinginannya untuk menghilang diri daripada publik kerana dia sempat mengaku akan berhenti bekerja sebagai pelakon dan menghabiskan lebih banyak masa untuk Louis.

Sandra telah nekad untuk bercerai dengan Jesse. Kes cerai mereka masih berlangsung sehingga kini.

Lindsay Lohan..panas!!


PERGOLAKAN antara aktres Lindsay Lohan dengan ayahnya, Michael Lohan masih berlanjutan. Kali ini ayahnya melarang keras perancangan Lindsay untuk berlakon watak porno.

Lindsay merancang untuk berlakon sebagai aktres porno Linda Lovelace dalam filem Deep Throat. Linda merupakan salah seorang bintang porno paling berjaya pada zaman kegemilangannya.

"Saya tidak mahu sungguh dia sampai ke situ," tegas Michael kepada UsMagazine, semalam.

Ketika ditanya apakah perancangan puterinya itu akan merosak kariernya, Michael mengungkapkan kekesalannya. Dia mengaku bingung memikirkan sebab Lindsay mahu menghancurkan karier yang sudah dibangunnya dengan susah payah.

Lindsay memulakan kariernya menerusi filem Parent Trap. Kemudian beberapa filem lain melonjakkan namanya seperti, Confessions of a Teenage Drama Queen, Freaky Friday, Mean Girls, Just My Luck, dan Herbie.

"Dia memulaikan kariernya dengan Parent Trap dan sekarang ini? Kenapa? Siapa yang membuat keputusan ini? Kalau saya di sana, ini tidak akan terjadi," kesal Michael.

Menurut suami kepada Dina Lohan itu, puterinya sebenarnya adalah aktres yang sangat berbakat. Namun sehingga kini Lindsay terpengaruh dengan orang-orang yang salah.

"Kalau dia mendapatkan pertolongan yang tepat, dia akan kembali ke puncak, seperti Robert Downey Jr," jelas Michael.

Jude Law Berhabis Ribuan USD Untuk Produk Anti-Penuaan

Jude Law. - AFP

AKTOR Hollywood Jude Law dilaporkan sanggup berhabis ribuan dollar untuk membeli produk anti-penuaan.

Bintang filem Sherlock Holmes itu dilihat membeli-belah di sebuah kedai kosmetik dan membayar sehingga USD 3,000 untuk krim anti-kedut, demikian menurut laporan di laman web femalefirst.co.uk, baru-baru ini.

Seorang wanita yang kebetulan beratur di belakang Law untuk urusan pembayaran di kaunter berkata, "Produk kecantikan yang dibelinya (Law) jauh lebih mahal daripada saya. Tentu dia akan kekal awet muda selama-lamanya.

Porizkova Marah Sedikit Terhadap Madonna, Hudson

Pemuzik Ric Ocasek dan isterinya, Paulina Porizkova menghadiri gala amfAR (American Foundation for AIDS Research) pada 10 Februari 2010 di New York. - Foto AP

SUPERMODEL Paulina Porizkova marah sedikit terhadap Madonna dan Kate Hudson kerana didakwa menjalani pembedahan plastik.

"Madonna tidak lagi seperti Madonna dulu yang seksi dan berbentuk badan menarik. Seorang gadis Itali akhirnya bertukar menjadi wanita berambut perang muda," katanya yang juga personaliti televisyen.

Madonna bercakap dengan anak angkatnya, Mercy James semasa acara pecah tanah bagi mendirikan "Raising Malawi Academy for Girls" di Chinkhota, kira-kira 15 kilometer di pinggir bandar Lilongwe pada 6 April, 2010. - Foto AFP

Kata Porizkova, 45, lagi, selebriti itu seakan-akan tidak boleh menerima kerut pada wajahnya.

Turut mengkritik aktres Kate Hudson, Porizkova menambah: "Dia sama seperti aktres berambut perang dari California. Dia telah mengurangkan kecantikannya."

Kate Hudson. - Foto REUTERS

Dia mengkritik dua selebriti tersebut pada blognya.

Mel Gibson Berpisah Dengan Grigorieva



MEL Gibson dan teman wanitanya, Oksana Grigorieva dilaporkan berpisah selepas berpacaran lebih setahun.

Pasangan itu mempunyai seorang bayi berusia lima bulan.

Gibson dan Grigorieva mula bercinta selepas isteri aktor terkenal memfailkan tuntutan cerai pada April tahun lalu.


Aktor Mel Gibson (kanan) dan Oksana Grigorieva menghadiri The Hollywood Reporter's Nominees' Night Prelude to Oscar di The Mayor's Residence pada 4 Mac 2010 di Los Angeles, California. - Foto AFP
Bagaimanapun, media melaporkan perhubungan mereka tidak berkekalan kerana masing-masing sibuk menguruskan kerjaya.

Larry King Tuntut Cerai


Larry King dan isterinya, Shaun. - Foto AP

PERSONALITI berita, Larry King telah memfailkan tuntutan cerai terhadap isterinya, Shaun Southwich yang juga penyanyi lagu rakyat Amerika.

King, 76, mengemukakan kertas perceraian di Mahkamah Agung Los Angeles pada Rabu lalu.

Alasannya ialah "perbezaan yang tidak mungkin dapat diselesaikan."

Sementara itu, Southwich turut berbuat demikian dengan menuntut hak penjagaan anak-anak mereka.

Simon Cowell Bawa Mezhgan Hussainy Keluar Makan Tengah Hari Dengan Ibu


Simon Cowell (kanan) dan Mezhgan Hussainy hadir ke Elton John AIDS Foundation Academy Award Viewing Party di barat Hollywood, California pada 7 Mac 2010. - Foto REUTERS
SIMON Cowell baru-baru ini membawa Mezhgan Hussainy keluar dan makan tengah hari dengan ibunya, Julie Brett dan seorang kenalan.

Mereka serasi bersama malah berjenaka antara satu sama lain.

Hussainy, 37, memulas Cowell, 50, pada dagunya semasa duduk bersama di restoran makanan laut 'McCormick and Schmick'.

Mereka ketawa apabila seorang pelancong menahan Cowell di tepi jalan... semata-mata untuk meminta dia bergambar dengannya.

"Mereka tidak tahu siapa dia sebenarnya," media memetik seorang pemerhati sebagai berkata.

Jennifer Lopez Gubah Lagu Untuk Anak Kembar


PENYANYI dan aktres Jennifer Lopez membuktikan kasih sayangnya terhadap anak kembarnya dengan menggubah sebuah lagu khas untuk anak kecil berusia dua tahun itu.

Lagu balada berjudul Love? itu menjadi lagu hit di rumahnya namun ratu R&B itu masih belum memutuskan sama ada untuk memuatkan lagu itu di dalam album terbarunya.

"Saya telah menggubah sebuah lagu khas untuk anak kembar saya tapi saya masih tidak pasti sama ada untuk memuatkan lagu tersebut di dalam album terbaru atau tidak.

"Lagu itu akan diberi tajuk Love? kerana ia sebuah topik yang sangat mengasyikkan dan tema cinta sentiasa dimuatkan dalam kesemua album saya sebelum ini.

"Yang peliknya, saya masih lagi keliru bila membicarakan tentang cinta. Apa pun, saya akan mengupas topik itu dengan lebih mendalam dalam album ini berbanding album-album terdahulu," kata Lopez yang dipetik sebagai berkata laman web femalefirst.co.uk

Fergie Kecewa Digelar ' Si Hodoh'


Penyanyi, Fergie (The Black Eyed Peas) membuat persembahan di The Staples Center, Los Angeles baru-baru ini. - Foto AFP
FERGIE, penyanyi lagu 'Glamorous', kecewa dengan pengkritik yang melabelkannya 'si hodoh' suatu ketika dulu.

Penyanyi The Black Eyed Peas berusia 35 tahun itu mengecam mereka yang mengkritik wajahnya.

Media melaporkan Fergie menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga kecantikan wajahnya.

"Hati saya pernah dilukai apabila mereka berkata betapa hodohnya saya.

"Tengok, apabila anda perlu mengendalikan banyak hal dalam hidup anda, kadang-kala anda mungkin tidak kelihatan sempurna," katanya.

Robert Pattinson Takut Untuk Beli Rumah


BINTANG Hollywood Robert Pattinson mengakui terlalu takut untuk membeli rumahnya sendiri kerana bimbang dia tidak akan mampu untuk menanggung bayaran pajakannya jika karier lakonannya merudum suatu hari nanti.

Baru-baru ini, hero filem Twilight itu telah menunjukkan minat untuk melabur dalam pembelian rumah di Los Angeles namun dia meragui keputusan itu kerana bimbang tidak akan mendapat sebarang tawaran lakonan di masa akan datang.

"Saya terpaksa tinggal di hotel untuk tempoh tiga tahun yang lalu dan ia sangat mengecewakan. Saya hampir putus asa dengan keadaan itu dan merancang untuk membeli sebuah rumah di Hollywood.

"Mujurlah saya menyedari harga rumah di situ sangat mahal dan saya juga tidak dapat menjangkakan sama ada akan terus dapat tawaran berlakon lagi tahun depan. Keadaan itu menakutkan saya untuk membeli sebuah rumah di Hollywood," katanya.

Tiger Woods: Pusat Pemulihan Jadikan Saya Insan Yang Lebih Baik


BINTANG golf terkenal Tiger Woods yang berhadapan dengan isu skandal sebelum ini mengakui kehidupannya bertambah baik selepas menjalani rawatan di pusat pemulihan.

"Berada di pusat pemulihan itu benar-benar menjadikan saya insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya banyak belajar untuk mengenali diri sendiri dan siapa saya sebelum ini.

"Saya gembira dengan diri saya hari ini dan akan terus menjalani rawatan di pusat pemulihan itu," demikian menurut kenyataannya di laman web contactmusic.com selepas sebuah sidang media baru-baru ini.

Elton John Disebut Sebagai Pengganti Simon Cowell


PENYANYI lagenda Elton John disebut-sebut sebagai pilihan bagi menggantikan juri dan penerbit muzik terkenal Simon Cowell dalam program American Idol (AI) untuk musim akan datang.

Mulai musm depan, Cowell akan meninggalkan AI untuk memberi laluan kepada program realiti terbarunya The X Factor versi Amerika tahun depan.

John, 63, dikhabarkan menjadi pilihan utama di kalangan orang-orang kuat industri TV di Amerika sebagai juri baru program realiti nyanyian paling popular itu.

Menurut laporan, beberapa eksekutif dari stesen TV Fox begitu terdesak untuk mendapatkan nama besar daripada Britain kerana aura dan tarikan selebriti berbangsa Inggeris untuk menarik perhatian penonton program itu.

Bekas penerbit AI "Nasty" Nigel Lythgoe, 60, berkata, John adalah calon terbaik untuk menggantikan Cowell.

"Dia (John) akan memberikan impak yang hebat kepada program itu dan penonton," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Star.

Muflis sudah??


SEMALAM, aktres dan penyanyi Lindsay Lohan menafikan dakwaan mengatakan dia muflis dan berhutang sewa apartmennya sekitar US$23,000.

Menurut The Sun, jurucakap Lindsay membantah kalau Li-Lo memiliki masalah kewangan ketika ini. Katanya, perempuan berusia 23 tahun itu masih mampu membayar sewa apartmennya itu.

”Dia pasti boleh bayar kerana dia baru sahaja selesai penggambaran filem Machete yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat ini,” ujar jurucakap itu.

Dia juga berkata, Lindsay masih mempunyai rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bintang filem Freaky Friday itu sengaja menyewa apartmen kerana merasa tidak selesa di rumahnya. Masalahnya, rumah Lindsay sempat dicerobohi pencuri beberapa bulan lalu.

Sementara itu, selain dari filem dan muzik, Lindsay masih memiliki pelaburan lain iaitu 6126 Collection, produk fesyen yang cukup laris di pasaran.

Robert Pattinson Sukar Ada Teman Setia


MESKIPUN mempunyai banyak wang, peminat setia dan menjalin hubungan dengan aktres Kristen Stewart, bintang filem Twilight, Robert Pattinson merasa kesepian kerana saat ini dia mengaku tidak mempunyai teman setia.

Menurut The Sun semalam, sejak terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Edward Cullen, Robert menganggap dirinya seorang yang paranoid. Jejaka berusia 23 tahun itu selalu ketakutan ketika ada orang yang mendekatinya. Oleh sebab itu, dia sukar mendapat teman.

“Apabila ada orang yang mendekati saya, saya terus merasa orang itu mahukan sesuatu dengan saya,” ujarnya.

Robert yang tampil dengan filem terbarunya, Remember Me baru-baru ini mengaku telah kehilangan beberapa teman lamanya di London, England. Hal itu terjadi kerana Robert selalu berada di Amerika Syarikat untuk penggambaran dan berbagai aktiviti lain lagi.

“Hanya gitar teman saya sekarang dan selalu menemani setiap perjalanan saya,” jelasnya.

Alice Tertekan!


AKTRES Mia Wasikowska mendapat sambutan yang positif kerana watak Alice yang dibawanya dalam filem garapan Tim Burton, 'Alice in Wonderland'.

Tapi sebenarnya, Mia merasa tertekan membawa karektor legendari ciptaan Lewis Carroll itu.

"Ada tekanan yang cukup besar saat membawa watak Alice, kerana ia adalah tokoh yang ikonik dan semua orang tahu tentang dia," ujar aktres berasal dari Australia itu.

Gadis berusia 20 tahun itu mengaku menghadapi banyak kesulitan. Tambahan pula, pengarah Tim Burton, minta Mia membawa Alice dengan gayanya sendiri.

Karektor Alice yang dibawa Mia memang berbeza dengan versi bukunya.

'Alice in Wonderland' menampilkan kisah Alice ketika dirinya sudah berusia 19 tahun dan kembali ke Underland, interpretasi Tim untuk menggantikan istilah Wonderland.

"Banyak perbezaan sekali dan saya fikir dia sangat remaja sekali," jelasnya.

Tekanan semakin besar karena Mia juga harus berlakon dengan aktor Johnny Depp yang membawa watak The Mad Hatter.

p/s: lor dh pelakon kene la pandai nak menyesuaikan diri ngan mana2 watak..bru leh menang award kan :P

VC Lady Gaga and Beyonce Hangat!


VIDEO penyanyi terkenal Beyonce dan Lagy Gaga yang berdurasi sembilan minit telah menjadi sebuah video sensasi pada waktu malam di internet.

Video yang turut memuatkan pasangan itu berduet juga telah menimbulkan kontroversi kerana memaparkan babak bogel, kata-kata kesat, aksi mesra lesbian dan pembunuhan.

Filem pendek yang hanya berdurasi lebih kurang 10 minit itu bagaimanapun sangat popular sehingga mempunyai 500,000 penontonnya selepas 12 jam dilancarkan.



Selamat den!


KRISTEN Stewart kata dia agak gementar hingga membuat perkara-perkara yang tidak begitu cerdik di majlis Oskar baru-baru ini tapi mujurlah "saya tidak jatuh."

Stewart yang diberi penghormatan memberi anugerah untuk kategori filem hantu bersama pasangannya, bintang 'Twilight' memberitahu dia cukup gemuruh berhadapan dengan warga elit Hollywood.

Namun Stewart tetap dikritik media ketika Oskar berlangsung kerana terbatuk beberapa kali kerana melegakan kerongkong.

"Tak mungkin saya dapat menghabiskan skrip saya jika saya tidak batuk dan melegakan kerongkong saya.

"Kalau itu berlaku keadaan mungkin menjadi lagi teruk. Dan saya akan lebih teruk lagi dikritik.

Kata Stewart,"Tapi bila fikir balik, saya rasa lucu dnegan kejadian yang berlaku. Apa pun saya bangga dengan apa yangs aya lakukan pada malam Oskar itu. Saya tidak jatuh pun!"

Nak Bernyayi Pulak


BINTANG kacak Robert Pattinson tidak sabar untuk terjun ke bidang muzik dan buat album.

Untuk tujuan tersebut, Pattinson terpaksa merehatkan diri dulu dalam bidang lakonan kerana dia tidak boleh melakukan dua perkara dalam masa yang sama.

"Saya ingin buat album sebelum hujung tahun ini. Semua kawan-kawan saya buat albumd an saya cemburu melihat perkembangan ini.

"Tapi mustahil saya boleh lakukan dua kerja dalam satu masa. saya tak tahu macam mana orang macam Jennifer Lopez boleh beryanyi dan berlakon sekali gus," jelasnya.

Pattinson takut wataknya sebagai pontianak bernama Edward Cullen dalam "Twilight" akan mengahncurkan peluangnya menyanyi.

"Saya mencipta lagu. Saya akan merakam lagu sebaik saya selesai promosi filem baru saya.

"Tapi sebelum itu saya akan berehat dulu kerana saya tidak mahu orang kata 'album oleh pontianak 'Twilight'," kata Pattinson.

Tips Bibir yang pasti HOT!


Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Caranya begini;

1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.

2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.

Itu saja. :) Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.

Selamat Mencuba!

Cara Mudah Nak Gemok!


Selalunya, apa yang sering diberikan perhatian adalah cara mudah untuk melangsingkan badan, mengempiskan perut serta mendapatkan susuk tubuh yang menawan.

Tetapi, ramai di antara kita yang terlupa nasib individu yang terlalu kurus sehingga menyebabkan mereka merasa rendah diri serta kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Hakikatnya, ada segelintir di kalangan kita yang mengalami masalah menambahkan berat badan bagi mendapatkan susuk tubuh yang ideal. Untuk pengetahuan semua, berat badan ideal boleh dimiliki dengan cara meningkatkan saiz otot dan bukannya lemak tubuh.

Ramai yang salah faham dan cuba mendapatkan berat badan ideal dengan menaikkan berat badan yang bermaksud meningkatkan jumlah lemak dalam tubuh. Keadaan tersebut menjadikan badan lebih tidak sihat dan lemak akan berkumpul di bahagian-bahagian tubuh terutamanya di bahagian perut.

Biasanya, setelah berusaha selama berbulan-bulan, makan sebanyak mungkin, senaman yang berat tetapi masih belum menunjukkan hasil yang diingini.

Akibatnya, kita berputus asa dan mengatakan tubuh yang terlalu kurus ini disebabkan oleh genetik atau sudah nasib badan. Namun buat mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan terlalu runsing kerana di sini diperturunkan enam tip mudah untuk melakukannya.

1. Elak makan makanan ringan
Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman
Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar
Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.

4. Minum multivitamin
Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh anda tidak dapat mencernanya dengan baik.

5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda. Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda. Apa yang penting, anda lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.

6. Makan lebih dua kali sehari
Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan. Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.

Kasut Unik




INDUSTRI fesyen pada hari ini cukup berani mempraktikkan rekaan busana mahupun sepatu yang unik dan pelik. Biarpun bukan semua produk yang dihasilkan itu untuk dijual tetapi penggemar dan pemerhati fesyen mahu sesuatu yang berbeza.

Ini bukan omongan kosong kerana segala-galanya terbukti sepanjang Minggu Pertunjukan Fesyen Kasut Hong Kong 2010. Para tetamu yang hadir tergamam, terpegun dan terpukau seketika.

Barisan pereka fesyen yang terlibat dalam menjayakan pentas fesyen hari itu bukan sahaja berjaya mempamerkan kehebatan menghasilkan busana menarik sebelum ini, malah mereka bijak mencipta konsep kasut yang unik.


Bagi pereka terkenal dari China, Guo Pei yang pernah mereka busana pelakon jelita Zhang Zi-Yi, dia cuba bereksperimen dengan tapak kasut berasaskan kayu. Konsep kasutnya yang menyerupai kasut roda ais menarik perhatian umum khususnya bahagian tapak kasut yang sengaja dilubangkan dan dihiasi dengan ukiran motif flora.

Pada bahagian atas kasut pula diceriakan dengan hiasan batu permata dan manik-manik berkilau. Persoalannya di manakah kasut sebegini sesuai digayakan? Barangkali jawapannya di pentas fesyen atau parti bertema.

Pereka Pau Ting Yan juga tidak ketinggalan mempamerkan kreativitinya mereka sepatu unik. Korset wanita Inggeris berenda cuba diaplikasikan pada bahagian luar kasut.

KASUT tumit tinggi yang mengambil konsep berenda rekaan Pau Ting Yan.

Pastinya kasut sedemikian akan menjadi rebutan golongan wanita yang gemarkan gaya vintaj atau ingin meniru fesyen watak filem Moulin Rouge.

Sementara itu bulu merak yang memiliki daya tarikan dan keunikan tersendiri telah mempengaruhi pereka Yip Chi-Chung. Kasut rona hitam ciptaannya tidak kelihatan suram kerana diserikan dengan hiasan bulu burung merak manakala hujung kasut pula dilekatkan dengan bulu burung kombinasi warna putih dan kelab

Taylor Swift Bercinta Secara Diam2 saja


PENYANYI muda Taylor Swift yang baru saja putus dengan bintang filem Twilight, Taylor Lautner, sudah pun mempunyai kekasih baru. Swift kini dikhabarkan bercinta dengan bintang drama siri Glee, Cory Monteith.

Namun begitu, Swift hingga kini masih malu-malu memperkenalkan Cory di dihadapan khalayak umum sebagai kekasihnya.

Khabarnya, penyanyi 20 tahun itu takut diketahui oleh ibu yang juga pengurusnya, Andrea.

"Taylor berpura-pura seperti tidak tertarik dengan Cory, agar ibunya tidak membuat Cory takut," menurut sumber National Enquirer.

Ketika Swift bercinta dengan Lautner, Andrea menjadi penghalangnya. Ibunya itu yang menyebabkan hubungan pasangan kekasih muda itu putus ditengah jalan.

"Taylor tidak mahu lagi beritahu ibunya tentang hubungan cintanya itu," kata sumber.

Pemilik album Fearless itu mengakui sangat mencintai Cory. Dia melihat hubungannya dengan jejaka 27 tahun itu sangat romantik.

Lady Gaga Sudah Insaf?


DIVA pop Lady Gaga, terkenal kerana pakaiannya yang aneh, bersumpah tidak akan mengenakan pakaian yang aneh lagi selepas satu insiden baru-baru ini.

Dek kerana kejanggalan bajunya, dia telah diarah untuk bertelanjang ketika dalam perjalanan dari Britain. Pakaiannya yang aneh itu telah menyebabkan kakinya bengkak dan pihak penguasa telah memaksanya menanggalkan pakaian disebabkan masalah itu.

Gaga telah mengenakan pakaian hitam dan kuning dan sepasang kasut biru yang besar oleh mendiang pereka kasut Alexander Mcqueen.

Kasut yang dipakaianya telah membuat Gaga mendapat penyakit deep vein thrombosis (DVT), menurut laporan thesun.co.uk.

Kru penerbangan meminta Gaga menanggalkan pakaiannya dengan segera atau hadapi risiko.

"Gaga tidak kisah menanggalkan pakaiannya tetapi di sedih terpaksa menanggalkan kasut. kasut itu sangat sentimental bagi Gaga kerana dia memakainya untuk mengenang Alexander," jelas sumber.

Wira Rempit Abad Ini!!!

Haaa sapa cakap rempit d KL sana semua hebat..nie KL wear nak share sket ngan u guys yang actually ade lagi otai dari rempit2 yg ada d luar sana ..mwahahah kalo u guys xcaya..tgk la pix bwah nie...jum









-









-








-









oppss..KL wear ase WIRAWATI lah!! haha adios~

McDonald akan membuka cawangan baru?

HAlo para para sakura sekalian mintak maaf la sbb KL wear x update las weekend coz bz dengan jemputan jemputan dinner bersama VVVVIP di merata tempat.,.pack sungguh jadual beta..tp ape2 pun now dh free..so kena la rajin update supaya keep on menyaji u guys ngan info2 pelik tapi benar nguahaha

okay nie about kabar berita yg KL wear dengar ..di mana Mc D akan membuka franchaise baru nya...xtau la apa nama faranchaise itu..tp KL wear boleh tunjuk kan u guys bukti bahawa mmg si McD nie akan bukan cawangan baru..bila? di mana? kenapa? itu wallah u alam la KL wear pun xtau nak jwb ape ngan soalan tu tp pape pun u guys leh tgk la dulu sign franchise bru si McD nie..

-









-









-











so amacm? berkenan x? haha u guys tgu la akan pembukaan franchise nie..bila?? jgn tnya la..TAK TAHU!!! haha