ADS

ads

Robert Pattinson Tidak Memahami Wanita, Kata Bintang Gandingannya



Robert Pattinson hadir ke The British Academy Film Awards 2010, di The Royal Opera House, London, pada 21 Februari 2010. - Foto AP
AKTOR British, Robert Pattinson sukar memahami wanita, kata Ashley Greene, bintang gandingannya dalam filem Twilight.

Greene menegaskan bintang Harry Potter and The Goblet of Fire yang memegang watak Cedric Diggory itu sering kebingungan apabila mendapat perhatian daripada wanita.

"Dia tidak memahami wanita. Dia mendapat banyak perhatian daripada wanita. Dia tidak memahaminya kerana dia hanya seorang lelaki dalam filem Harry Potter sebelum berlakon dalam filem Twilight," katanya.


Ashley Greene menghadiri tayangan perdana filem Julie and Julia di Los Angeles pada 27 Julai 2009. - Foto AP
Ditanya sama ada dia jatuh cinta kepada Pattinson, katanya: "Apabila saya menemui Rob, saya tidak berfikir dua kali tentangnya. Dia sangat menarik, tetapi keserasian itu tidak wujud."

Nota Lirik 'Beat It' Michael Jackson Dilelong


Michael Jackson menulis lirik lagu tersebut pada sekeping nota. - Foto REUTERS
NOTA mengandungi lirik lagu Beat It yang ditulis dengan tangan oleh mendiang legenda pop, Michael Jackson akan dilelongkan di California pada bulan depan.

"Lirik ini berada di tangan persendirian sejak ia ditulis. Ia merupakan lirik yang hebat oleh bintang legenda tersebut dan ia berada dalam keadaan baik," media memetik kata Marc Kruskol,jurucakap untuk rumah lelong Profiles in History.

Raja Pop itu telah memberikan nota yang mempunyai coretannya kepada kawannya.

Nota itu dijangka berjaya meraih hasil lelongan antara RM13,010 dan RM19,515.

Lady Gaga Terima Lima Anugerah di Anugerah Muzik Dunia




Penyanyi Sting beraksi bersama dengan Lady Gaga semasa sambutan hari jadi ke-21 Rainforest Fund di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei 2010. - Foto REUTERS
PENYANYI pop Lady Gaga memenangi lima anugerah di Anugerah Muzik Dunia baru-baru ini.

Pelantun lagu The Poker Face itu meraih anugerah Single Terbaik Dunia, Album Terbaik Dunia, Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia, Artis Baru Terbaik dan Artis Yang Mencapai Jualan Album Terbaik Dari Amerika.

Gaga memenangi anugerah Single Terbaik Dunia selepas mengalahkan artis hebat seperti David Guetta, Beyonce Knowles dan Black Eyed Peas.


Lady Gaga ketawa di atas pentas ketika dia menerima tiga anugerah muzik Echo sebelum konsertnya di Berlin pada 11 Mei 2010. Penyanyi itu menerima anugerah tersebut untuk Best International Female Artist, Best Single Of The Year untuk singlenya, Poker Face dan Best International Newcomer serta empat anugerah Platinum untuk jualan lebih 800,000 album. - Foto AFP
Gaga sekali lagi menewaskan Black Eyed Peas untuk menggondol anugerah Album Terbaik Dunia.

Turut bersaing untuk kategori itu ialah Susan Boyle dan Taylor Swift.

Selain itu, dia dinobatkan sebagai Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia selepas mengalahkan Swift, Madonna dan Rihanna.

Paris Hilton, Lindsay Lohan Diasingkan Di Cannes



Paris Hilton hadir ke World Music Awards di Monte Carlo pada 18 Mei 2010. - Foto REUTERS
PIHAK penganjur Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-63 berusaha mengasingkan dua aktres dari Hollywood daripada bertemu semasa festival itu berlangsung.

Ini adalah bagi mengelakkan Paris Hilton dan Lindsay Lohan daripada bergaduh.

Pihak penganjur di Cannes takut insiden pergaduhan kedua-dua selebriti di bar pada 2006 akan berulang.


Lindsay Lohan hadir ke majlis The Chopard ulang tahun ke-150 semasa Festival Filem Antarabangsa ke-63 di Cannes, Perancis pada 17 Mei 2010. - Foto AP
"Lindsay memilih tempat duduk VIP dan penganjur tidak memasukkan nama Paris dalam senarai tempat duduk di situ.

"Penganjur berusaha mengasingkan mereka pada minggu ini," katanya.

Shia LaBeouf Tidak Suka Sekuel 'Transformers'


AKTOR filem Transformers Shia LaBeouf mengakui dia tidak suka dan tidak kagum dengan sekuel filem itu, Revenge of the Fallen.

Menurut aktor berusia 24 tahun itu, dia langsung tidak mengagumi aksi lagak ngeri yang 'gila' yang cuba ditonjolkan dalam plot filem itu.

"Apabila saya menonton sekuel filem Transformers: Revenge of the Fallen, jujurnya saya langsung tidak kagum atau menyukai apa yang telah kami persembahkan dalam filem itu.

"Memang banyak aksi cemas dan lagak ngeri yang seronok dilakonkan, tapi ia hanya sekadar lakonan kosong tanpa 'jiwa' dan tidak memberi kesan di hati," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada dailystar.co.uk, baru-baru ini.

Ironinya, LaBeouf dilaporkan bakal beraksi kembali dalam francais ketiga filem itu yang dijadualkan menjengah pawagam pada 2011.

Catherine Zeta Jones Tidak Percaya Dia Cantik



Catherine Zeta Jones tidak menganggap dirinya cantik.
AKTRES Catherine Zeta Jones yang sering diundi sebagai salah seorang wanita tercantik di dunia tidak menganggap dia adalah cantik.

Katanya, dia sering mengganggu suaminya, Michael Douglas dengan menanya soalan-soalan seperti sama ada dia kelihatan gemuk dengan pakaian tertentu serta terdapat sebarang bintik pada wajahnya.

Jones memberitahu, dia mengalami hidung yang patah serta trakeotomi ketika masih kecil.

Oleh kerana itu, katanya, dia tidak yakin pada wajahnya.

Matt Dillon Keluar Dengan Charlotte Ronson?




Aktor Matt Dillon hadir ke The 25th Annual Film Independent Spirit Awards di Los Angeles pada 5 Mac 2010. - Foto REUTERS
AKTOR Matt Dillon dan pereka fesyen Charlotte Ronson menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang berpacaran kerana dilihat makan malam bersama-sama.

Dillon dan Ronson - adik perempuan kembar DJ Samantha - dikesan menikmati hidangan malam secara romantis di Restoran Madeo, Los Angeles pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu pada mulanya dikesan menghadiri pertunjukan fesyen New York City pada Februari lalu.

"Dia mengejar Ronson, dan ia membuahkan hasil," media memetik sumber sebagai berkata.

Media turut melaporkan mereka berdua telah keluar bersama selama beberapa bulan.

Rumah Baru Sandra Bullock Jadi Perhatian Pelancong


AKTRES Sandra Bullock tidak lagi mengurungkan diri setelah membeli rumah baru di New Orleans, Amerika kerana rumah itu kini menjadi perhatian pelancong.

Video yang ditemui oleh Radar Online menunjukkan sekumpulan pelancong sedang berjalan-jalan dengan pemandu. Mereka berhenti dan memerhati di depan rumah Sandra.

Kehidupan pelakon The Blind Side itu menjadi hangat sejak isu kecurangan suaminya, Jesse James.

Tambahan lagi, para peminat tidak berpuas hati dengan aktiviti Sandra setelah sudah lama perempuan 45 tahun itu menghilangkan diri daripada publik.

Semenjak tinggal bersama anak angkatnya, Louis, di New Orleans, Sandra mulai membuat kemunculan di khalayak. Minggu lalu Sandra dilihat mengunjungi pameran fotografi bersama Louis dan beberapa rakannya.

Sandra seolah-olah serius dengan keinginannya untuk menghilang diri daripada publik kerana dia sempat mengaku akan berhenti bekerja sebagai pelakon dan menghabiskan lebih banyak masa untuk Louis.

Sandra telah nekad untuk bercerai dengan Jesse. Kes cerai mereka masih berlangsung sehingga kini.

Lindsay Lohan..panas!!


PERGOLAKAN antara aktres Lindsay Lohan dengan ayahnya, Michael Lohan masih berlanjutan. Kali ini ayahnya melarang keras perancangan Lindsay untuk berlakon watak porno.

Lindsay merancang untuk berlakon sebagai aktres porno Linda Lovelace dalam filem Deep Throat. Linda merupakan salah seorang bintang porno paling berjaya pada zaman kegemilangannya.

"Saya tidak mahu sungguh dia sampai ke situ," tegas Michael kepada UsMagazine, semalam.

Ketika ditanya apakah perancangan puterinya itu akan merosak kariernya, Michael mengungkapkan kekesalannya. Dia mengaku bingung memikirkan sebab Lindsay mahu menghancurkan karier yang sudah dibangunnya dengan susah payah.

Lindsay memulakan kariernya menerusi filem Parent Trap. Kemudian beberapa filem lain melonjakkan namanya seperti, Confessions of a Teenage Drama Queen, Freaky Friday, Mean Girls, Just My Luck, dan Herbie.

"Dia memulaikan kariernya dengan Parent Trap dan sekarang ini? Kenapa? Siapa yang membuat keputusan ini? Kalau saya di sana, ini tidak akan terjadi," kesal Michael.

Menurut suami kepada Dina Lohan itu, puterinya sebenarnya adalah aktres yang sangat berbakat. Namun sehingga kini Lindsay terpengaruh dengan orang-orang yang salah.

"Kalau dia mendapatkan pertolongan yang tepat, dia akan kembali ke puncak, seperti Robert Downey Jr," jelas Michael.