ADS

ads

Jude Law Berhabis Ribuan USD Untuk Produk Anti-Penuaan

Jude Law. - AFP

AKTOR Hollywood Jude Law dilaporkan sanggup berhabis ribuan dollar untuk membeli produk anti-penuaan.

Bintang filem Sherlock Holmes itu dilihat membeli-belah di sebuah kedai kosmetik dan membayar sehingga USD 3,000 untuk krim anti-kedut, demikian menurut laporan di laman web femalefirst.co.uk, baru-baru ini.

Seorang wanita yang kebetulan beratur di belakang Law untuk urusan pembayaran di kaunter berkata, "Produk kecantikan yang dibelinya (Law) jauh lebih mahal daripada saya. Tentu dia akan kekal awet muda selama-lamanya.

Porizkova Marah Sedikit Terhadap Madonna, Hudson

Pemuzik Ric Ocasek dan isterinya, Paulina Porizkova menghadiri gala amfAR (American Foundation for AIDS Research) pada 10 Februari 2010 di New York. - Foto AP

SUPERMODEL Paulina Porizkova marah sedikit terhadap Madonna dan Kate Hudson kerana didakwa menjalani pembedahan plastik.

"Madonna tidak lagi seperti Madonna dulu yang seksi dan berbentuk badan menarik. Seorang gadis Itali akhirnya bertukar menjadi wanita berambut perang muda," katanya yang juga personaliti televisyen.

Madonna bercakap dengan anak angkatnya, Mercy James semasa acara pecah tanah bagi mendirikan "Raising Malawi Academy for Girls" di Chinkhota, kira-kira 15 kilometer di pinggir bandar Lilongwe pada 6 April, 2010. - Foto AFP

Kata Porizkova, 45, lagi, selebriti itu seakan-akan tidak boleh menerima kerut pada wajahnya.

Turut mengkritik aktres Kate Hudson, Porizkova menambah: "Dia sama seperti aktres berambut perang dari California. Dia telah mengurangkan kecantikannya."

Kate Hudson. - Foto REUTERS

Dia mengkritik dua selebriti tersebut pada blognya.

Mel Gibson Berpisah Dengan Grigorieva



MEL Gibson dan teman wanitanya, Oksana Grigorieva dilaporkan berpisah selepas berpacaran lebih setahun.

Pasangan itu mempunyai seorang bayi berusia lima bulan.

Gibson dan Grigorieva mula bercinta selepas isteri aktor terkenal memfailkan tuntutan cerai pada April tahun lalu.


Aktor Mel Gibson (kanan) dan Oksana Grigorieva menghadiri The Hollywood Reporter's Nominees' Night Prelude to Oscar di The Mayor's Residence pada 4 Mac 2010 di Los Angeles, California. - Foto AFP
Bagaimanapun, media melaporkan perhubungan mereka tidak berkekalan kerana masing-masing sibuk menguruskan kerjaya.

Larry King Tuntut Cerai


Larry King dan isterinya, Shaun. - Foto AP

PERSONALITI berita, Larry King telah memfailkan tuntutan cerai terhadap isterinya, Shaun Southwich yang juga penyanyi lagu rakyat Amerika.

King, 76, mengemukakan kertas perceraian di Mahkamah Agung Los Angeles pada Rabu lalu.

Alasannya ialah "perbezaan yang tidak mungkin dapat diselesaikan."

Sementara itu, Southwich turut berbuat demikian dengan menuntut hak penjagaan anak-anak mereka.

Simon Cowell Bawa Mezhgan Hussainy Keluar Makan Tengah Hari Dengan Ibu


Simon Cowell (kanan) dan Mezhgan Hussainy hadir ke Elton John AIDS Foundation Academy Award Viewing Party di barat Hollywood, California pada 7 Mac 2010. - Foto REUTERS
SIMON Cowell baru-baru ini membawa Mezhgan Hussainy keluar dan makan tengah hari dengan ibunya, Julie Brett dan seorang kenalan.

Mereka serasi bersama malah berjenaka antara satu sama lain.

Hussainy, 37, memulas Cowell, 50, pada dagunya semasa duduk bersama di restoran makanan laut 'McCormick and Schmick'.

Mereka ketawa apabila seorang pelancong menahan Cowell di tepi jalan... semata-mata untuk meminta dia bergambar dengannya.

"Mereka tidak tahu siapa dia sebenarnya," media memetik seorang pemerhati sebagai berkata.

Jennifer Lopez Gubah Lagu Untuk Anak Kembar


PENYANYI dan aktres Jennifer Lopez membuktikan kasih sayangnya terhadap anak kembarnya dengan menggubah sebuah lagu khas untuk anak kecil berusia dua tahun itu.

Lagu balada berjudul Love? itu menjadi lagu hit di rumahnya namun ratu R&B itu masih belum memutuskan sama ada untuk memuatkan lagu itu di dalam album terbarunya.

"Saya telah menggubah sebuah lagu khas untuk anak kembar saya tapi saya masih tidak pasti sama ada untuk memuatkan lagu tersebut di dalam album terbaru atau tidak.

"Lagu itu akan diberi tajuk Love? kerana ia sebuah topik yang sangat mengasyikkan dan tema cinta sentiasa dimuatkan dalam kesemua album saya sebelum ini.

"Yang peliknya, saya masih lagi keliru bila membicarakan tentang cinta. Apa pun, saya akan mengupas topik itu dengan lebih mendalam dalam album ini berbanding album-album terdahulu," kata Lopez yang dipetik sebagai berkata laman web femalefirst.co.uk

Fergie Kecewa Digelar ' Si Hodoh'


Penyanyi, Fergie (The Black Eyed Peas) membuat persembahan di The Staples Center, Los Angeles baru-baru ini. - Foto AFP
FERGIE, penyanyi lagu 'Glamorous', kecewa dengan pengkritik yang melabelkannya 'si hodoh' suatu ketika dulu.

Penyanyi The Black Eyed Peas berusia 35 tahun itu mengecam mereka yang mengkritik wajahnya.

Media melaporkan Fergie menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga kecantikan wajahnya.

"Hati saya pernah dilukai apabila mereka berkata betapa hodohnya saya.

"Tengok, apabila anda perlu mengendalikan banyak hal dalam hidup anda, kadang-kala anda mungkin tidak kelihatan sempurna," katanya.

Robert Pattinson Takut Untuk Beli Rumah


BINTANG Hollywood Robert Pattinson mengakui terlalu takut untuk membeli rumahnya sendiri kerana bimbang dia tidak akan mampu untuk menanggung bayaran pajakannya jika karier lakonannya merudum suatu hari nanti.

Baru-baru ini, hero filem Twilight itu telah menunjukkan minat untuk melabur dalam pembelian rumah di Los Angeles namun dia meragui keputusan itu kerana bimbang tidak akan mendapat sebarang tawaran lakonan di masa akan datang.

"Saya terpaksa tinggal di hotel untuk tempoh tiga tahun yang lalu dan ia sangat mengecewakan. Saya hampir putus asa dengan keadaan itu dan merancang untuk membeli sebuah rumah di Hollywood.

"Mujurlah saya menyedari harga rumah di situ sangat mahal dan saya juga tidak dapat menjangkakan sama ada akan terus dapat tawaran berlakon lagi tahun depan. Keadaan itu menakutkan saya untuk membeli sebuah rumah di Hollywood," katanya.

Tiger Woods: Pusat Pemulihan Jadikan Saya Insan Yang Lebih Baik


BINTANG golf terkenal Tiger Woods yang berhadapan dengan isu skandal sebelum ini mengakui kehidupannya bertambah baik selepas menjalani rawatan di pusat pemulihan.

"Berada di pusat pemulihan itu benar-benar menjadikan saya insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya banyak belajar untuk mengenali diri sendiri dan siapa saya sebelum ini.

"Saya gembira dengan diri saya hari ini dan akan terus menjalani rawatan di pusat pemulihan itu," demikian menurut kenyataannya di laman web contactmusic.com selepas sebuah sidang media baru-baru ini.

Elton John Disebut Sebagai Pengganti Simon Cowell


PENYANYI lagenda Elton John disebut-sebut sebagai pilihan bagi menggantikan juri dan penerbit muzik terkenal Simon Cowell dalam program American Idol (AI) untuk musim akan datang.

Mulai musm depan, Cowell akan meninggalkan AI untuk memberi laluan kepada program realiti terbarunya The X Factor versi Amerika tahun depan.

John, 63, dikhabarkan menjadi pilihan utama di kalangan orang-orang kuat industri TV di Amerika sebagai juri baru program realiti nyanyian paling popular itu.

Menurut laporan, beberapa eksekutif dari stesen TV Fox begitu terdesak untuk mendapatkan nama besar daripada Britain kerana aura dan tarikan selebriti berbangsa Inggeris untuk menarik perhatian penonton program itu.

Bekas penerbit AI "Nasty" Nigel Lythgoe, 60, berkata, John adalah calon terbaik untuk menggantikan Cowell.

"Dia (John) akan memberikan impak yang hebat kepada program itu dan penonton," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Star.

Muflis sudah??


SEMALAM, aktres dan penyanyi Lindsay Lohan menafikan dakwaan mengatakan dia muflis dan berhutang sewa apartmennya sekitar US$23,000.

Menurut The Sun, jurucakap Lindsay membantah kalau Li-Lo memiliki masalah kewangan ketika ini. Katanya, perempuan berusia 23 tahun itu masih mampu membayar sewa apartmennya itu.

”Dia pasti boleh bayar kerana dia baru sahaja selesai penggambaran filem Machete yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat ini,” ujar jurucakap itu.

Dia juga berkata, Lindsay masih mempunyai rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bintang filem Freaky Friday itu sengaja menyewa apartmen kerana merasa tidak selesa di rumahnya. Masalahnya, rumah Lindsay sempat dicerobohi pencuri beberapa bulan lalu.

Sementara itu, selain dari filem dan muzik, Lindsay masih memiliki pelaburan lain iaitu 6126 Collection, produk fesyen yang cukup laris di pasaran.

Robert Pattinson Sukar Ada Teman Setia


MESKIPUN mempunyai banyak wang, peminat setia dan menjalin hubungan dengan aktres Kristen Stewart, bintang filem Twilight, Robert Pattinson merasa kesepian kerana saat ini dia mengaku tidak mempunyai teman setia.

Menurut The Sun semalam, sejak terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Edward Cullen, Robert menganggap dirinya seorang yang paranoid. Jejaka berusia 23 tahun itu selalu ketakutan ketika ada orang yang mendekatinya. Oleh sebab itu, dia sukar mendapat teman.

“Apabila ada orang yang mendekati saya, saya terus merasa orang itu mahukan sesuatu dengan saya,” ujarnya.

Robert yang tampil dengan filem terbarunya, Remember Me baru-baru ini mengaku telah kehilangan beberapa teman lamanya di London, England. Hal itu terjadi kerana Robert selalu berada di Amerika Syarikat untuk penggambaran dan berbagai aktiviti lain lagi.

“Hanya gitar teman saya sekarang dan selalu menemani setiap perjalanan saya,” jelasnya.