ADS

ads

Lily Allen Salahkan Industri Fesyen Penyebab Dirinya Gemuk




PENYANYI Lily Allen memberitahu gangguan yang ada dalam dirinya ialah selalu berasa gemuk ketika melihat dirinya dicermin.

Menurut penyanyi Inggeris itu, industri fesyen menyebabkan dia berasa begitu.

Lilly turut mengakui sering melihat dirinya mengalami berat badan yang berlebihan ketika menatap cermin. Dia juga pernah membandingkan dirinya dengan seseorang yang mengalami obesiti.

"Ini gangguan 'body dysmorphia'. Saya merasa seperti Michelle McManus (perempuan yang obesiti) dan sebagainya," ujar Lilly dipetik Female First.

Menurut Lily, Industri fesyen adalah salah satu penyebabnya. Mereka seakan memberitahu bahawa tubuh kurus lampai bak model adalah yang paling ideal.

Namun kini Lilly tak lagi merasa khuatir dengan bentuk tubuhnya.

"Jika dibandingkan dengan Kate Moss, tubuh saya memang berisi. Namun di dunia nyata, saya rasa berat badan saya ideal," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment