ADS

ads

Rihanna Beri Masa 10 Tahun Untuk Cari Cinta Sejati



PENYANYI Rihanna memberi tempoh 10 tahun untuk dia mencari cinta baru setelah tahun 2009 berakhir dengan kisah dia didera oleh bekas teman lelakinya, Chris Brown.

Selebriti jelita dari Barbados itu kini kelihatan lebih terbuka keluar bersama-sama beberapa orang teman lelaki. Antaranya ialah pemain baseball dari Los Angeles, Matt Kemp, 25.

Namun Rihanna menafikan yang dia sedang bercinta kerana baginya cinta sejatinya belum lagi ditemui.

"Saya tak ada masa untuk pergi dating. saya masih solo dan saya harap berjumpa dengan teman lelaki sejati sebelum usia saya 30 tahun.

"Lagipun walau saya ada teman lelaki, saya masih suka keluar seorang diri," jelas penyanyi berusia 21 tahun yang menghadiri Grammy Awards pada 31 Januari seorang diri.

Ramai masih ingat peristiwa dia dibelasah Chris Brown di post party Grammy Awards tahun lepas.

0 comments:

Post a Comment