ADS
ads
BINTANG filem How to Lose a Guy in Ten Days, Matthew McConaughey dan pasangan hidupnya, Camila Alves tidak dibenarkan melakukan hubungan intim selama 40 hari.
"Saya berasal dari Brazil dan percaya bahawa ada masa untuk berehat daripada melakukan hubungan seks iaitu selama 40 hari selepas kelahiran bayi," ujar Camila, seperti dipetik Showbiz Spy.
Camila melahirkan anak kedua Matthew, pada 3 Januari 2010 lalu. Anak perempuan itu telah diberi nama Vida Alves McConaughey.
Menurut Camila, tradisi tidak melakukan seks selama 40 hari itu sangat bagus. Wanita yang baru saja melahirkan anak tidak perlu terburu-buru untuk memulihkan diri.
"Kita perlu menghargai tubuh kita dan perlu memberinya rehat. Selama 40 hari itu, kita harus benar-benar beristirehat. Tidak ada seks, bekerja berat, makan-makanan yang sihat dan tidak bersukan," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment